As salam, hello readers...
Alhamdulillah, sempat juga akhirnya aku update pasal percutian aku di Negeri Johor pada 19 hingga 21 Ogos 2014. Kenapa aku ke Johor ni? Aku mengikuti program yang diatur oleh Tourism Malaysia Johor untuk pergi sekitar Batu Pahat dan Muar untuk merasai suasana kampung dan yang lebih penting, merasai suasana "homestay" yang sebenarnya!
email jemputan yang aku dapat...
Aku menaiki bas yang telah disediakan di Kementerian Pelancongan, Putrajaya. Aku park kereta disana dan bersama aku didalam bas tersebut adalah Puan Nik Ariza. Tapi dalam bas tu aku masih "malu-malu" lagi dengan peserta lain sebab aku peserta paling lewat sampai! waduhh, bikin malu deh...
Peserta terdiri daripada Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Yes!! Ada kumpulan dari Singapura yang join kitorang dalam Yok Rewang 2014.
setibanya di Homestay Parit Tengah, Batu Pahat
Kami tiba di destinasi pertama di Homestay Parit Tengah, Batu Pahat, Johor. Dalam jam 1.30 petang macam tu kami sampai. Diiringi oleh paluan kompang dan bunga mawar, dah macam feling-feling kawin kau! *berangan sekejap* dan terus dibawa ke Dewan Utama untuk acara yang seterusnya.
Penulis blog pakai baju kotak hitam... *wink*
Di sambut dengan Silat... terbaek!!
Di dalam dewan, kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku bersama-sama dengan Abang Shamrin Tan, Abang Rashid dan juga Syazwan.
tshirt+lanyard untuk
Yok Rewang Homestay 2014
Selepas pergi ke rumah ibubapa angkat disini, kami kembali ke Dewan Utama untuk acara seterusnya. Apa eh? Lama aku tak buat aktiviti ni wehh. Mana taknya, lari dalam guni zaman sekolah je aku buat, dah tua bangka ni mana pernah buat *still baby face hokeh!* dengan permainan tradisional, "Tarik Upeh", Sepak Yem @ Chapteh dan last sekali Menanguk Udang Kara.
Memang seronok tentatif untuk hari pertama walaupun masing-masing tak berapa kenal sangat kan.. HAHA!!
Tarik Upeh
Lari Dalam Guni
Sepak Yem @ Chapteh
Tangguk Udang Kara wehhh!!
Seriusli, part aktiviti Udang Kara paling best dalam pengalaman aku ke sana. Mana tak nya, dah lama kot tak bermain dengan parit, nasib parit tu bersih kalau tak, idok le teman nak pergi terjun bawah tu. Tak de bau apa-apa okeh! Kaler air tu je macam itam+coklat sebab dekat dengan ladang kelapa sawit. HEHE!
Penulis blog bersama rakan-rakan sepasukan...
Parit yang diberikan, ku gagahkan kejantanan aku untuk pergi ke bawah!
Udang Kara yang masih kecil, tapi manis bila di goreng!
Alhamdulillah, setel aktiviti petang tu dengan jayanya. Time nak balik, hujan lebat pulak tu. Balik-balik je mak abah angkat dah sediakan minum petang. TERBAEK toq! Dah hujan, minum air panas terasa heaven jap!
Kita sambung episod akan datang... part #2!!
enjoy!
2 comments:
Assalam Shahrul...
Parit Tengah ni kat Rengit kan... Rasanya kampung ni pernah dapat gelaran kampung terbaik peringkat negeri Johor.
Air yang berwarna hitam tu disebabkan di situ adalah kawasan tanah gambut. Airnya memang tak berbau lumpur. Dulu memang tak ada udang kara ni, yang ada hanya udang biasa...
Kampung saya juga tak jauh dari sini...
Mie:
Salam bro! Ye betul sebab air parit tu tak berbau lumpur sebab dikawasan tanah gambut. Tok ketua kampung kata, udang tu baru-baru diusahakan kat kawasan sini...
Pengalaman best kat Homestay Parit Tengah, Batu Pahat! =)
Post a Comment