Saturday, October 18, 2014

Program Cuti-Cuti 1Malaysia Road Tour "Yok Rewang" Homestay Negeri Johor 2014! part #3 by shahroll




As salam, hello readers...

Kembali kita ke entry post tentang percutian homestay aku di negeri Johor Darul Takzim (untuk baca part yang lepas, sila klik di SINI). Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku pergi melawat ladang nenas yang terbesar di dunia (ranking ke-7!) kepunyaan Lee Plantation


melawat ladang nenas...

Jarak antara ladang nenas ni dari homestay tak berapa jauh sangat. Dalam 15 minit dah sampai. Kami menaiki lori yang telah disediakan oleh pihak penyelaras program. Setelah sampai di tengah-tengah ladang, pekerja ladang kat sini memberikan sedikit penerangan tentang jenis-jenis nenas yang ditanam di ladang ni. Sesi bergambar dan makan-makan nenas sangat best!!


naik lori?? BESTTTT!!!

Kebanyakkan buah nenas yang ditanam disini adalah jenis nenas madu. Yang korang beli nenas dalam tin tu, nenas ni lah! Kami berpeluang memakan "nenas fresh" yang dipotong oleh pekerja kat sini. Thank u!!!


bersama travel agent+tourist guide dan 
Pegawai Tourism Johor (Puan Gee Akmal), HAVOC!!!

KAMI!!!

peserta dari Sabah.
"Boleh bha kalau kau!"

Cik Yati & the geng

gambar kenang-kenangan bersama peserta
Homestay Yok Rewang 2014!

Selepas melawat ladang nenas, kami dibawa ke tempat pengumpulan nenas untuk disimpan dan seterusnya dijual kepada pemborong. Kesempatan ini diambil oleh peserta untuk membeli/borong nenas madu dengan harga yang berpatutan. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk beli 2 biji untuk dibawa pulang ke Klang.

disinilah tempatnya...

Selepas tu, kami semua balik ke rumah ibubapa angkat masing-masing mempersiapkan diri untuk pergi ke next destination pula iaitu Homestay Parit Bugis di Muar, Johor. Segala kenangan di Homestay Parit Tengah aku tinggalkan dengan kenangan yang manis-manis belaka.

Terima kasih juga kepada pihak Tourism Malaysia Johor dengan kerjasama penyelaras Homestay disini yang memberikan pengalaman yang berharga buat peserta. Aku seperti bukan orang asing disini dengan layanan masyarakat setempat yang ramah dan memberikan 1001 kenangan tidak dapat aku lupakan.

Semoga berjumpa lagi kita...

enjoy!


No comments: