Showing posts with label SBPA. Show all posts
Showing posts with label SBPA. Show all posts

Thursday, March 08, 2012

KEPUTUSAN SBPA: Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan! by shahroll

Thursday, March 08, 2012


As salam, hello readers...


Aku baru saja balik dari PICC mendengar taklimat yang disampaikan oleh PM Najib berkenaan dengan Sistem SBPA yang diperkenalkan sikit masa lalu.


Keputusan yang diambil oleh PM adalah: SBPA BATAL!


Dan pada masa yang sama, Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa dengan tertubuhnya satu pasukan khas yang memantau kadar gred dan kenaikkan gaji.


Disertakan juga tentang peratusan kenaikan gaji seperti berikut:-


Gred 1- 54 adalah 13%
Gred Jusa adalah 9%
KSN adalah 7%


untuk tahunan, gred 1-54 berkadar minimum RM80 hingga RM320. Untuk COLA pula, pertambahan sebanyak RM50 untuk luar bandar.




Sekian, laporan ringkas dari shahrulhairy.com dari Putrajaya.

Thursday, December 22, 2011

Keputusan SBPA: Pelaksanaannya ditangguhkan! by shahroll

Thursday, December 22, 2011


Isu panas!


22 Disember 2011 menjadi penutup tirai untuk Kongres Kesatuan Pekerja Awam ataupun CUEPACS menemui Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak berhubungan dengan Sistem Saraan Baru yang diperkenalkan untuk kakitangan awam di Malaysia.


Memetik dari Utusan:-



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.


Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.Dato' Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar  sbpa ditangguhkan di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. – UTUSAN


Aku baru balik dari Melaka dari Persidangan anjuran KPT ada hal ini dalam seminar tersebut. Untuk bacaan, boleh ke link-link yang ada dibawah ini;


HARI #2 PERSIDANGAN : PROF. MADYA DR. RAJA ROSLAN BIN RAJA ABD. RAHMAN & DATO' HJ. OMAR BIN HJ. OSMAN


HARI #1 PERSIDANGAN : DATO' HJ OMAR HJ OSMAN


Terima kasih Dato' Seri

President CUEPACS, terima kasih Dato' Omar