GEMPAQ wehhh!!
KUTIPAN KL GANGSTER MENAKJUBKAN!
Filem arahan Syamsul Yusuf, KL GANGSTER, telah mencipta satu sejarah baru
dalam industri perfileman negara apabila berjaya mendapat kutipan luarbiasa
sebanyak RM 1.5 juta pada hari pertama tayangan. Kutipan ini tidak termasuk
tayangan di Singapura,Brunei serta pawagam bebas yang lain.
KL GANGSTER telah ditayangkan di 91 pawagam seluruh negara termasuk
Singapura dan Brunei pada Khamis, 9 Jun 2011.
KL Gangster filem ke 27 terbitan Skop Productions, merupakan sebuah kisah
penuh aksi realistik lakonan hebat dari Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan,Sheera
Iskandar dan ramai lagi. Syamsul Yusuf bertindak selaku pengarah,penulis skrip dan pelakon dalam filem ini.
Filem ini juga mencipta rekod tersendiri apabila ia mengatasi tayangan
Hollywood seperti Fast n Furious, Pirate of Carribbean dan juga Super 8 dari
segi kutipan hari pertama.
Jika dicampurkan dengan kutipan premier malam Khamis dan pawagam-
pawagam bebas,filem ini telah mencecah kutipan RM 2 juta.
Hebat tak hebat penangan filem ni. Aku sure bakal jadi FENOMENA pada produksi lain untuk menerbitkan genre filem sebegini. Keep it up Syamsul Yusof!!
No comments:
Post a Comment