As salam, hello readers...
SERONOK! BEST! GREAT!... antara kata-kata aku sebagai penonton dewasa yang menonton cerita kanak-kanak iaitu Happy Feet Two (HFT) ini. Tempat tontonan macam biasa di Bukit Raja (GSC). Tiket pada jam 11.20malam aku beli. Seat cantik, tepat-tepat screen pada kami (center lah kiranya) syok la melayan movie dapat seat bagus.
tak rugi tengok HFT ni...
Kenapa aku kata tak rugi? Filem animasi ini sarat dengan mesej-mesej penting yang ingin mereka sampaikan dengan cara santai dan menghiburkan. Memang kepakaran Hollywood la kalau bikin cerita macam ni. SALUTE!
Pada awal cerita, korang akan dihidangkan lagu-lagu dari penguin comel ni. Bahu ngan kaki korang sure rasa mau goyang punya. Lagu dia main best woo! Pastu, dia main lagu lagi, lagu lagi dan seterusnya dalam babak berlainan, lagu yang best musti keluar.
Dah macam tengok filem musikal pulak!
serius voice penguin ni best!
Walaupun "dikhayal" kan dengan alunan-alunan musikal yang menyeronokkan, faktor kekuatan filem ini berpaksikan dengan tema "perpaduan". Peribahasa Melayu ada menyebut, kerana budi aku jatuh hati. Eh! bukan, silap tu! yang betulnya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing! ha, gitu!
Kalau korang tengok filem ni nanti, korang akan tahu lebih lanjut la ye. Aku tak leh nak review keseluruhan, spoil mood korang nanti nak tengok. Tapi, aku bagi sikit je la eh, boleh?
Perpaduan yang dipupuk oleh penguin-penguin yang disemai oleh ketua-ketua mereka mampu menyemarakkan semangat kekitaan ataupun "esprit de corps"
dalam pasukan masing-masing. Jika satu puak ada masalah, puak penguin yang lain datang membantu puak yang mengalami masalah tersebut.
Jika dalam komuniti penguin tidak mampu untuk menolong puak penguin yang lain, maka masa inilah term "mengenang budi" digunakan. Dengan meminta pertolongan Anjing Laut yang ada di benua ais itu, masalah yang dialami oleh penguin tersebut selesai.
Antara "pelawak" dalam HFT, walaupun mereka dari golongan komuniti yang kecil,
semangat mereka kuat!
Udang merupakan elemen penting dalam filem ni. Ia menunjukkan, walaupun sekecil mana pun komuniti itu, ia tetap penting dalam peranannya.
Itulah kekuatan Perpaduan. Unite. =)
Saksikan filem ini di pawagam berhampiran dengan korang k! Layan trailer official dari HFT...
enjoy!
1 comment:
Mana hilang? hauahuhau~
Post a Comment