Showing posts with label millionaire. Show all posts
Showing posts with label millionaire. Show all posts

Sunday, September 12, 2010

[isu semasa] Dato Sosilawati Mati DIBUNUH di Morib

Sunday, September 12, 2010
** Didalam paper on-line

** Dalam my tweetdeck (about #sosilawati)

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
source: Paper Online



** apa pun, aku harap keluarga Dato Sosilawati dapat mengharungi dugaan yang hebat ini dengan hati yang terbuka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Saturday, December 12, 2009

WHO the NEXT?? by shahroll

Saturday, December 12, 2009



**Can you imagine what i feel now?? heh~


Jangan terkejut ya sedare2 sekalian, PC anda masih Ok, dan server/broadband anda juga masih dalam keadaan yang baik, mmg ini gambar PALSU rekaan SH.. hahahaha~ jangan pulak korang nak attent "kursus" rekaan SH nie.. Insyaallah dah de silibus untuk buat bengkel, SH akan buat.. ( so nie ala2 teaser la eh.. huhuhu)


1) Sape tak kenal Irfan Khairi? (IK) nie seorang Jutawan internet yang paling muda satu ketika dulu. Pendapatan beliau dalam bidang nie tak dapat disangkal lagi. Pergi saja ke laman sesawang beliau di www.irfankhairi.com untuk mendapatkan tip2 yang berguna untuk anda.


2) Azizi Ali. Jika anda tidak mengenali beliau, anda tak yah duduk Malaysia Ok.. Beliau seorang Jutawan juga dalam penulisan bidang hartanah. Buku2 beliau sering menjadi rujukan kepada penggemar2 hartanah dan juga banyak memberi tips bagaimana menjadi jutawan seperti beliau.


3) Shahrul Hairy Shaharuddin????... nak perkenalkan jugak ke??? heheee~ :P



psssst: Semoga SH dapat bertemu dengan idola SH 2 orang nie... aminn.. **wink**




wassalam...