Sunday, July 07, 2019

Dari Singapore ke KL bersama SCOOT




Kita mesti selalu naik MAS untuk ke mana saje tempat yang kita nak pergi kan? So apa kata kali ni korang try naik Singapore based budget airline, nama dia Scoot. Mesti best pengalaman dengan harga yang mur mur jer bak kata orang skang ni. Kalau nak tau cara nak buat scoot online flight booking korang teruskan baca artikel yang tak seberapa ini. Hehehe!!




Kat Traveloka korang boleh buat online booking, let say korang nak cari singapore to kuala lumpur cheap flights korang kena bukak Traveloka web atau apps, search Scoot, then isikan detail macam destinasi yang u guys nak pergi contohnya Kuala Lumpur, cari tarikh yang u guys plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. 

Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang u guys pilih tu.



U guys pilih yang mana satu u guys nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay u guys akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka u guys atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa u guys nak check in kat airport nanti. Scoot ni asalnya dari Singapore, sejak tahun 2011 dan operate. Memang khas untuk budget travellers kat luar sana. In Kuala Lumpur aku nak share ngan korang tempat-tempat yang agak interesting untuk visit.


gambar: Arkib Negara

Pustaka Peringatan P. Ramlee atau turut dikenali sebagai Memorial P. Ramlee, adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati peminat seniman yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan negara pada suatu ketika dulu. Bagi sesiapa yang menceburkan diri dalam industri perfileman atau sebarang bentuk kesenian, di sini, korang boleh mendapatkan pembakar semangat dan inspirasi.

gambar: Tripadvisor Id 

Bukan sekadar sebuah memorial, bangunan di mana pameran berkaitan P. Ramlee ini diadakan juga adalah sebenarnya banglo yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sendiri sehinggalah pemergian beliau pada tahun 1973. Berkeluasan 7,200 kaki persegi, rumah ini adalah tanda perghargaan kepada P. Ramlee yang diberikan oleh Shaw Brothers company filem. Menarik kan?

gambar: Muzium Negara portal

Siapa yang tak tertarik dengan bangunan yang satu ni, terletak di tengah-tengah bandaraya moden KL adalah sebuah bangunan dengan seni bina istana Melayu klasik, Muzium Negara. Sesuailah dengan fungsinya yang mempamerkan koleksi peninggalan lama sejak sebelum wujudnya negara Malaysia sehinggalah masa kini. 

gambar: star2.com

Muzium ini terbahagi kepada beberapa buah galeri iaitu Galeri Pra-Sejarah/ Sejarah Awal yang terletak di tingkat satu di mana korang dapat melihat pameran tentang pembentukan kepulauan Melayu dan artifak yang ditemui di tapak-tapak arkeologi. Seterusnya adalah galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, galeri Era-Kolonial dan terakhir sekali adalah galeri Malaysia Kini.

Memorial Tunku Abdul Rahman telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 11 November 1994 untuk memperingati sumbangan Almarhum Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957 sehingga 1970. Terletak di Jalan Dato’ Onn, memorial yang dikelilingi oleh taman indah ini mempamerkan legasi yang ditinggalkan Tunku yang termasuklah foto, dokumen, cenderamata, petikan berita, perabot dan pakaian beliau. Korang juga dapat melihat paparan audiovisual berkaitan Tunku. Juga sebahagian daripada memorial ini adalah tempat tinggal rasmi Tunku yang telah pun berusia lebih daripada 100 tahun namun masih terjaga dengan baik.

 gambar: www.everything-kuala-lumpur.com

Di bahagian luar rumah ini terdapat 2 buah kenderaan klasik yang pernah digunakan Tunku ketika berkhidmat sebagai PM iaitu kereta Cadillac Fleetwood 1959 dan Vintage Car Model Nash Rambler Custom Convertible 1951. Ingin mengenali dengan lebih dekat Bapa Kemerdekaan kita? Datanglah ke memorial yang padat dengan pelbagai info ini.

gambar: blastacars portal

Terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana korang boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan. Tahap keselamatannya? Jangan risau, kart yang dihasilkan dari New Zealand ini telah direkabentuk dengan teliti untuk memenuhi standard keselamatan ketat yang telah ditetapkan oleh negara tersebut. Di samping itu, sebelum bermulanya perlumbaan, korang akan diberikan briefing dalam bentuk video dan juga training daripada kakitangan mereka sendiri.

Terdapat 3 pilihan ‘speed setting’ yang ditawarkan iaitu Novice, Advance dan Pro. Untuk menaiki kart Pro yang memiliki enjin berkuasa 390cc, korang perlu menunjukkan kemampuan mengawal kart Advance terlebih dahulu. Kalau staff di sini mendapati korang layak, korang akan menerima ‘Black Card License’ yang membolehkan korang membawa kart Pro. 


Sampai bila nak tengok orang lain berlumba dan driftkan? Inilah chance nak try sendiri!



No comments: