Thursday, September 29, 2016

Pisang Goreng VS Pisang Goreng Cheese by shahroll




As salam, hello readers...

Topik yang agak ringan malam ni. Malas pulak nak bawa isu-isu berat macam kes Azizan Osman yang pakai title Doctorate dari Universiti Malaya. Walaubagaimana pun, malam ni kita tetap enjoy menjoy sebab esok dah Jumaat. mean? Dah nak hujung minggu la! hehehe...

[ads] BOUDOIR PHOTOGRAPHY TAMPA

Ok, kita chill dengan cerita pisang goreng.


Pisang Cheese Kaw Kaw dari Bandar Utama Batang Kali

Pertama kali lepak kat area Batang Kali bersama isteri tercinta. Beli kudapan petang untuk di makan kat situ sebenarnya. Banyak tempat makan best yang korang boleh cuba dekat sekitar Batang Kali. Antaranya, Pisang Goreng Cheese Kaw Kaw.

Kenapa dengan pisang goreng ni? biasa je tengok.

Kita sebagai pembeli, nampak biasa je sebenarnya. Makan pisang goreng dengan coklat dan keju. Dah setel. Tapi bagi aku, sebagai seorang peniaga dan juga business developer dalam online, business pisang goreng cheese ni lebih dari itu.

Kenapa peniaga letak cheese? kenapa letak coklat? kenapa letak bekas yang cantik? kenapa letak logo? kenapa tulis hashtag #pisanggorengcheesekawkaw? kenapa, kenapa dan kenapa?

Soalan-soalan ini belum lagi jenis yang ber-analitik seperti, perlu ke cheese dan coklat? perlu ke cheese dan coklat di asingkan adunan? hah! sudah...

Ini adalah kitaran perniagaan yang mana, peniaga yang kreatif dan berinovasi mampu bersaing dengan baik. Bayangkan peniaga ni ada makcik di sebelah dia, menjual produk yang sama iaitu pisang goreng, agak-agak korang, nak beli pisang goreng dengan siapa?

Tentu yang menawarkan pakej yang terbaik dengan rasa yang enak, betul? Tetapi orang kita banyak buat silap, persaingan sesama kita baik, tapi kalau dah sampai peringkat meniru resepi dan stategi, itu memang silap besar. Tak tahan lama pun.

So, bagi korang yang nak buka business, silakan...

enjoy!




No comments: