Sunday, September 18, 2016

Hanis Pastry: Disebalik tabir gambar untuk iklan online by shahroll




As salam, hello readers...

Penjual online yang menjual produk, tak sah kalau takde gambar yang cantik kan? semua gambar cantik-cantik belaka dengan deco-deco yang menghiasi produk yang nak di ambil gambarnya. Begitu juga dengan Hanis Pastry, yang menjual brownies terbaik di Shah Alam ni. Mahukan gambar yang terbaik untuk tatapan korang.

[Ads] NITESKAPE REAL ESTATE

Bukan gambar aje yang terbaik, rasa dia pun meletop! (sedap weh!)

abam dari SH Network Media tengah shoot brownies

Deco-deco di sediakan oleh Hanis Pastry dari segi rumput yang cantik tu, sudu teddy bear yang comel dan pasu bunga yang cecomel. Potongan brownies disusun-atur cantik-cantik di dalam bekas rotan yang dibeli kat Daiso (barang-barang Jepun tu) dan akhirnya seperti yang korang nampak kat atas ni.

Abaikan muka abam yang sangat serius yang tengah check gambar yang dah beberapa kali snap. (nak pastikan gambar sharp, takde blur)

antara gambar-gambar yang diambil

Mesti korang tak sabar nak tengok hasil kerja akhir kan? HEHE! Sabar jap, aku belum habis nak cerita lagi ni. Kalau korang perhatikan gambar aku tengah shoot tu, aku menggunakan cahaya yang sedia ada ataupun "available light" yang support pencahayaan untuk gambar brownies tadi. Walaupun boleh setting untuk Creative Light System (CLS) tapi aku memilih untuk guna cahaya semulajadi.

So, apa yang korang tengok adalah apa yang korang akan dapat (what you see is what you get!)

Dibawah gambar akhir untuk diterbitkan di dalam promosi Hanis Pastry di Facebook page dan Instagram.

Brownies by Hanis Pastry

Aku nasihatkan kepada usahawan/peniaga/dropshipper yang menjalankan perniagaan online, tolong usahakan gambar-gamabr yang cantik untuk jualan korang. Lebih-lebih lagi untuk yang menjual di Instagram, gambar kena stand-out boss! Kalau gambar setakat ambil cincai, lepas tu tak de sale masuk, jangan salahkan orang lain ye? Salahkan diri sendiri dulu sebab tak mahu invest sikit untuk gambar yang padu, macam Hanis Pastry!

happy weekend =)




No comments: