Sunday, September 04, 2016

Instaforex: Berjumpa dengan Business Development @ Concord Hotel, Kuala Lumpur by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sampai masanya aku nak update tentang perjumpaan aku bersama dengan Business Development dari Instaforex. Aku dihubungi oleh Encik Lutfi, selaku pengurus yang mengaturkan perjumpaan aku bersama team Instaforex iaitu Julia dan Aleks bertempat di Hotel Concord, Kuala Lumpur.

team Instaforex: Julia & Aleks

Bertemankan dengan isteri semasa perbincangan dilakukan antara aku dan mereka berdua. Julia banyak menerangkan aku tentang syarikat Instaforex dan apa yang mereka boleh tawarkan kepada trader-trader di Malaysia. Mereka adalah syarikat broker forex yang terbaik di Asia dan ratusan ribu trader mereka di seluruh dunia. Hebat!

antara award yang diperoleh oleh Instaforex

Selain itu, Instaforex ada banyak platform untuk menjana pendapatan atau kewangan bersama mereka walaupun anda bukanlah seorang trader

Bagaimana caranya? dengan menjadi rakan perniagaan mereka (Business Partnership)

Jenis-jenis rakan perniagaan yang ditawarkan oleh Instaforex

Ada banyak penawaran yang diberikan oleh pihak Instaforex dalam laman web mereka. Korang boleh rujuk di Instaforex website ye? Dalam banyak-banyak pilihan yang ada, untuk mereka yang pakar dalam pemasaran online, Internet Marketer, Web Master dan Blogger, mereka ada tawarkan kerjasama dengan mereka.

Ianya dikenali sebagai Affiliate yang mana, mereka sudah pun menyediakan pelbagai poster, banner dan material promotion dalam website mereka untuk korang ambil dan letakkan dalam blog atau website. Komisen korang akan dapat, bila berlakunya referal (orang yang klik) dari blog atau website.

faedah yang di nikmati oleh blogger (Affiliate)

Aku baru dalam Instaforex sebagai rakan perniagaan mereka untuk blogger. Hanya meletakkan banner diatas blog, dan aku menerima komisen dari setiap trader yang membuat referal dari aku. Tak hanya itu, setiap kali trader membuat trade, kita juga dapat komisen seperti gambar diatas. Mudah kan? =)

Aku akan tunjukkan akaun Instaforex aku nanti di lain post, ya!

Selepas 45 minit meeting berlangsung, aku pun beransur pulang dan terima kasih kepada team Instaforex atas usaha mereka berjumpa dengan rakan-rakan perniagaan mereka di Malaysia berjumpa secara "in-person". Terima kasih!

Cenderamata dari Instaforex


Спасибо



No comments: