Thursday, September 01, 2016

Ancaman virus Zika di Malaysia by shahroll




As salam, hello readers...

Berita terbaru dan tergempar apabila di media massa telah mengumumkan kes pertama wabak ZIKA di Malaysia dan mangsa pertama adalah wanita berusia 58 tahun terkena virus berkenaan setelah pulang dari Singapura melawat anak di sana (sumber: Astro Awani)

Fakta mengenai virus ZIKA

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi. Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika. (sumber: Sentiasa Panas)


No comments: