Sunday, August 21, 2016

Apa yang best dekat Kilang Beteri Johor Bahru? by shahroll




As salam, hello readers...

Berkesempatan pergi ke kawasan jajahan Tengku Mahkota Johor (TMJ) di Tampoi untuk meninjau port terkini bangsa Johor yang aku istilahkan sebagai 'kawasan rehat hipster' untuk keluarga dan rakan-rakan. Melihat bekas tapak kilang lama yang diberikan nafas baru, menarik perhatian ramai termasuklah Raja Muda Selangor (RMS)

pintu masuk Kilang Beteri

Sebelum ke pintu masuk, korang akan nampak kiri dan kanan ada cafe-cafe kopi yang best. Lepas penat berjalan kat dalam tu, boleh la singgah.


cafe Kopiz & Cupchai

Di sebelah dalam, dekat kiri korang akan nampak medan selera (food court) yang ada macam-macam makanan boleh dipilih. Harga kat sini tak mahal, standard macam makan gerai tepi jalan, MURAH! Aku makan mee ayam (Indonesian food) kat stall yang ada.


kedai-kedai aksesori wanita dan lelaki

Bagi yang gilakan pakaian terkini, semuanya ada kat sini. Kasut, jam, baju JDT, seluar slack. macam-macam lagi lah. Try la tengok sendiri nanti ye? huhu...

Port makan Kilang Beteri kat sini,

lotssss aaaaaaaa food!!

Mee ayam+Ais kacang coklat

Aku makan Mee Ayam (RM6) dan Ais Kacang Coklat (RM5) dan jumlah keseluruhan untuk malam itu sahaja adalah RM11. Murah kan? aku dah kata murah, tak percaya lagi kan. Lepas tu, kalau nak try double chicken chop pon best, baru RM8 aje. Cool kan?

Terima kasih kepada mereka yang develop tempat ni jadi best dan fun! Serius, aku boleh lepak lama kat sini kalau masa tu panjang sikit. HEHE!

enjoy!




No comments: