Saturday, December 26, 2015

Usahawan jalanan: 5 faktor penyebab anda tidak berniaga di kaki lima by shahroll




As salam, hello readers...

Bila kita sebut "usahawan" apa yang berlegar di minda kita? adakah kita membayangkan adanya sebuah pejabat yang gah? ada pekerja bawahan yang ramai? ataupun kereta mewah 2-3 buah?

Jika itulah yang dibayangkan, anda sebenarnya membayangkan kejayaan awal yang pastinya kalau tak tercapai, mungkin nasib tak baik, menemui kegagalan dipertengahan, semua yang dibayangkan itu tidak sempat untuk dirasai.

Bermula dari bawah.

Siapa sahaja yang baru bermula menjadi usahawan, boleh start dari bawah. Selalu aku baca dan dengar "aku lah boss, aku lah kuli" dan ini betul. Korang perlu jadi kuli dulu, baru bertatih untuk menjadi boss.


pisang goreng, seksyen 7 Shah Alam

Tak pernah terfikir nak jadi usahawan jalanan? Kenapa tak cuba? apa yang menyebabkan korang tak nak terjebak dengan business jalanan? walhal ini juga salah satu rezeki yang boleh dijana melalui berniaga.

Aku cuba senarai kan 5 faktor utama penyebab korang tak nak cuba berniaga di kaki lima;

1) Modal
Semua perniagaan ada modal. Tak ada yang tidak memerlukan modal. Tapi memadai dengan modal yang sederhana dan mampu nak "counter back" bila business itu slow. Memula berniaga memang slow sikit kan, tapi korang kena ada modal pusingan juga setidaknya untuk 2 kali rolling.

2) Malu
Part malu ni bergantung pada individu sebenarnya. Kalau jenis tebal muka, memang tak kisah dah. Buka dia mencuri pun, kan. Berniaga memang bagi muka tebal sebenarnya. Komunikasi dengan pelanggan baru, kalau jenis malu-malu memang kelaut oh!

3) Untung sikit
Mana korang tahu? korang tak try lagi dah judge untung sikit. Pernah nampak orang jual beger tutup? tak de kan? setidaknya dia ada buka 2-3 cawangan beger kat tempat lain. Fast selling kan mende makanan ni, walaupun ada pasang surutnya.

4) Tak Standard
Pikir pasal standard, payah sikit lah. Memula niaga memang "perlu kotorkan tangan" korang dulu sebelum ko cuci dan berikan pada orang lain pulak untuk running business ko tu.

5) Dengki
Dengki ni bagus, sebab korang boleh maju sama-sama dengan orang lain yang berniaga. Bukan jenis dengki hantar santau ke ape ke, itu tak baik lah. Mostly yang aku dengar, orang Melayu gak suka main benda-benda camtu nak jatuhkan business orang lain. huh!

Cukuplah 5 ni dulu ya. Kalau ada nak tambah, silakan diruangan komen, ya?



enjoy!






1 comment:

shidasanmil said...

takde pengalaman dan takut penguatkuasa halau..hehehe
tapi secara kasar kalau dicongak mmg untung meniaga tepi jalan...