Saturday, December 05, 2015

Kopi Hipster: sejauh mana perniagaan ini boleh pergi? by shahroll




As salam, hello readers...

Sejak kebelakangan ni, aku melihat sana-sini orang meniaga air bancuhan kopi bersama ais hancur dan susu pekat. Topping samada caramel atau coklat. Pap! RM5/cup besar. Sangat seronok dengan perkembangan camni, setidaknya kita banyak pilihan untuk menikmati waktu minum petang, ye tak?

contoh kopi hipster aku beli

Aku baru cuba satu tempat yang menjual pelbagai perasa yang best. Bukan aku nak promote tempat ni, cuma aku suka dan 1st time beli air besar ni. Walaupun orang lain dah banyak kali beli. HAHA! Setakat ni yang aku dah rasa, green tea, mocca dan coklat. Very nice!

Perniagaan seperti ni boleh pergi jauh. Bukan setakat "season product" tapi kualiti rasa jangan abaikan. Sekali orang dah melekat dengan product kau, teruskan macam mana memula ko buat. Kadang-kadang yang menjahanamkan business tu, kita sendiri.

Dah ramai orang datang, kita pun buat endah tak endah pasal kualiti dan rasa. Aku rasa kedai air camni dah ada standard of procedure (SOP) berapa banyak gula letak, susu pekat, perasa dan air. Tukang bancuh air selalunya dah expert, cuma boss aje yang mengade nak suruh kurang itu ini, kan? HEHE!

By the way, aku dan tunang aku pun berhajat nak jual air jenis ni. Hari ni aku cuba pergi ke kedai yang bekalkan semua barang yang diperlukan oleh penjual air hipster ni. YUHUU!!

happy weekend!




No comments: