As salam, hello readers...
Sesuatu review atau ulasan tentang produk yang anda keluarkan atau jual, pasti akan mendapat perhatian dari para pembeli online, lebih-lebih kalau pembeli tu pembeli yang baru nak mencuba-cuba membeli produk korang. Jadi, pentinglah review ni kan?
Jawapan:
PENTING SANGAT! kenapa? ianya akan membentuk persepsi dan pandangan pertama kepada pembeli tu tadi. Bayangkan, anda jual kerepek pisang tanduk, dapat review yang tidak berapa baik untuk peringkat awal, sudah tentu takde orang nak beli produk tu kan?
contoh review/feedback dari pelanggan
Jika korang seorang pengusaha/peniaga yang sedang mencari ruang untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang korang sediakan, aku syorkan beberapa langkah strategik untuk pelan pemasaran korang dalam online.
1) Gunakan khidmat bloggers
Bloggers di Malaysia ramai. Tetapi, perlu mencari bloggers yang betul-betul boleh deliver kerja yang diperuntukkan oleh anda untuk mempromosikan perniagaan korang. Ada beberapa term and condition yang memerlukan persetujuan diantara syarikat dan bloggers yang diupah, bagi menjalankan aktiviti tersebut.
2) Kuasa permainan bloggers
Permainan apakah? permainan yang dimaksudkan adalah "Search Engine Optimization" atau ringkasnya SEO. Potential customer banyaknya datang dari Google. Ini tidak dinafikan disebabkan, banyak customer aku datang dari atas dasar "Saya google informasi dalam internet" kebiasaannya. Maka, jangan lepaskan peluang produk korang untuk ranking dalam Google!
3) Dapatkan "suara" bakal pembeli
Setelah bloggers membuat review akan produk korang, akan dapat satu maklumbalas atau feedback dari bakal pembeli. Contohnya FAQ yang selalu ditanya walaupun dah ditulis dalam blog, "kedai kat mana?", "Berapa sekilo kerepek?", "boleh ke postage?" dan pelbagai respon yang diberikan.
Jika korang berminat untuk berbincang dengan aku untuk keterangan lanjut untuk review produk korang, boleh inbox ke shahrollphoto@gmail.com atau whatsapps saja 012-3437359 (SH).
Aku dan team SH Network Media sedia membantu korang!
enjoy!
No comments:
Post a Comment