Thursday, July 30, 2015

Between Doctor Khasiah Zakaria and me? by shahroll




As salam, hello readers...

Macam mana aku nak start cerita ye. Blurr sekejap nak buat ayat awal. HAHA! Takpe lah, kita mulakan dengan throwback perkenalan aku dengan big boss aku bernama Dr. Khasiah Zakaria ni ye?

Aku mula bekerja dengan Dr. Khasiah pada tahun 2009 lagi. Masa tu beliau jaga department circulation dan aku staf bawahan dia lah. Aku tak lama dekat department tu, because aku ditarik ke bahagian lain, dibawah seliaan dia juga.

Dr. Khasiah & shahroll

Agak lama aku bekerja dibawah seliaan Dr.Khasiah ni. Dan, dah masak dengan corak kerja yang diberikan. Memula tu aku agak blurr jugak (masa tu aku muda lagi!) sebab beliau arahkan aku untuk wujudkan satu platform untuk department baru itu berkembang dan dikenali oleh staf dan pelajar.

Nak tahu buat apa? buat blog! Haaaa, dari situ lah aku dengan usaha sendiri membangunkan blog department tu, pastu kandungan dalam tu. Tapi aku bernasib baik, dalam department tu ada pegawai perpustakan yang best gila! Shahrol Nizam dan Aryu Rohayu. Kenangan JPSP dengan 2 pegawai 1 big boss ni memang aku tak lupa sampai bebila!

Lepas tu, Dr.Khasiah cuti belajar untuk sambung PhD. Big boss lain pulak yang masuk gantikan tempat. Then, memula macam tak berkenan gak cara dia handle, masih terbawa style dekat department dia dulu. Lama-lama dah ok sebab berkawan dengan pegawai dan pembantu yang gegila cam kitorang. HEHE!

Masa terus berlalu, JPSP dah jadi BPA sebab merge dengan department lain. Dan, department tu pun terus berkembang dari 4 orang asalnya jadi 10 orang. man-power dah bertambah, maka kerja pun diberikan sama berat.

Kalau dulu, kalau ada kelas kemahiran, aku lah yang ambil gambar dan update dalam social media, aku yang edarkan borang dan aku juga yang buat compile. Then dorang pecahkan kerja tu kepada 2 pembantu yang lain. Nice!

Tapi aku puas hati kerana dapat meninggalkan legasi kerja kepada orang lain. untuk update blog, FB dan Twitter dah orang lain yang buat. Walaupun aku sedih nak tinggalkan BPA, tapi aku rasa tak adil kalau department lain tak gunakan khidmat aku kan? janji masih dalam jabatan yang sama, unit je berbeza. Yeahhh!!

Dan, bulan Ogos ni juga aku akan ke department lain lagi. Sungguh cepat masa itu berlalu....


*music pause*




No comments: