As salam, hello readers...
Laman sosial yang membolehkan orang ramai menilai dan memberikan "endorsement" kepada anda adalah dengan menggunakan medium LinkedIn. Ramai orang menggunakan medium ini untuk membuat CV online dan memberikan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan. Dunia semakin maju dengan adanya medium sebegini memudah-cara dalam proses pemilihan pekerja.
Aku juga tak terkecuali dalam hal ini (walaupun bukan nak cari kerja pun)
antara endorsement yang diterima
Alhamdulillah, dalam ramai-ramai friend list aku yang ada di LinkedIn, mereka memberikan score untuk menilai keboleh, kemahiran dan pengetahuan aku dalam sesuatu bidang. Paling tinggi adalah photography.
Aku terlibat dalam dunia foto dalam tahun 2006 dan sampai sekarang aku aktif lagi mengambil gambar untuk client tetapi tidak sama seperti 2006 yang dulu. Aku lebih selektif dalam pemilihan job yang ditawarkan. Ini bukan kerana terlalu client yang mahu aku shoot, tetapi lebih kepada pulangan yang diterima.
Barangkali, aku sudah tiba masanya untuk "bersara" dalam dunia foto kerana, fokus dan ilmu pengetahuan aku dalam marketing semakin hari semakin baik.
Lihat pada endorsement yang ke-2. Aku diberikan score untuk "social media" dan ini yang aku lakukan sekarang. Blogging, Facebook Page Business, Instagram, Youtube dan beberapa channel social media yang lain dibawah penyeliaan aku. Aku sendiri running channel business aku di social media plus, orang lain business juga aku handle
Dengan tertubuhnya SH Network, bertambah kuat lagi azam dan tekad aku dalam line social media marketing. Dulu aku ada cuba buat SHBN (Shahrul Hairy Blogging Network) tetapi, kurang menjadi. Entahlah, aku rasa banyak laluan sukar dahulu menjadi senang sekarang ni. Berkat dari kepayahan dulu rasanya, Alhamdulillah...
aku akan cerita pasal #shnetwork di lain posting ya?
ennnnnjoyy!
No comments:
Post a Comment