As salam, hello readers...
Semalam aku ke area Setia Alam berjumpa dengan sahabat alam maya di restoren mamak belakang Petronas. Di satu sudut depan, ada peniaga Melayu berniaga Char Kuey Tiaw dan juga Yong Tau Foo sup ni. Sehari sebelum tu, aku ke sana juga berjumpa dengan designer logo, tapi tiada rezeki sebab hujan turun dengan lebatnya!
Yong Tau Foo Soup!
Ini pertama kali aku makan Yong Tau Foo ada sup. Selalunya aku makan cecah dengan dia punya sos tu saja. Good taste! sup dia bau sayur. Mungkin sup sayur la kot campur dengan bahan-bahan yang aku pilih untuk direbus. Semangkuk berharga RM7.50 sahaja (bergantung kepada bahan yang dipilih)
Ia mengeyangkan tetapi tak lama. Dalam 2 jam, dah lapar balik. Mungkin tong perut aku besar kot, macam tong minyak kawasaki, so sekejap je tahan. HAHA!
Bagi korang yang nak rasa kesedapan Yong Tau Foo Soup kat sini. boleh pergi Petronas Setia Alam yang berdekatan dengan rumah apartment (warna kelabu) setiap malam ada dia buka khemah berniaga depan kedai mamak
enjoy!
No comments:
Post a Comment