As salam, hello readers...
Baru siap buat montage untuk client. Alhamdulillah, boleh hantar untuk preview minggu ni. Cepat siap, boleh buat task yang lain pula. Banyak task aku sebenarnya selain dari multimedia, aku juga kena buat modul untuk Social Media Marketing samada untuk kelas aku sendiri, atau bekerjasama dengan penceramah lain.
Dan, aku juga membuat design seperti logo, flyers, business card dan bermacam lagi. Aku bukan basic dalam designing pun, tapi aku boleh buat. Kenapa?
Sebab adanya template!
source: Google Image
Sesiapa yang boleh membuat design, adalah satu kelebihan yang sangat bernilai sekarang. Semua memerlukan design yang fresh, elegan dan yang penting cantik di mata client. Setiap perusahaan yang berjaya, perlu adanya logo dan "brand" untuk mereka tanamkan ingatan perniagaan mereka kepada pelanggan
Tetapi, aku berpendapat macam ni. Kalau designer yang memang background design, setiap design yang lahir akan smooth, linear dan best berbanding yang macam aku yang "asal boleh" dan guna template, agak keras sedikit design nya, setuju?
Apa pun, knowledge no limit! Kejar selagi boleh, catch-up selagi berdaya. Allah berikan ilmu pengetahuan kepada manusia seperti buih di lautan sana. Himpun dan belajar!
enjoy!
No comments:
Post a Comment