As salam, hello readers...
Agak lambat sebenarnya aku update pasal aku menjadi fasilitator dalam kursus adobe photoshop. Memula macam tak penting sangat nak update dalam blog, tapi fikir balik, ini sebahagian record aku untuk masa depan (ecceh!!) baik aku update lah sikit kan?
Ok,
Jadi fasilitator di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) baru 2 kali sebenarnya aku dilantik. 1 lagi untuk kursus Media Sosial untuk Persatuan Pentadbir UiTM (itu aku story later k?), Alhamdulillah, aku diberi kepercayaan orang-orang kuat UiTM untuk handle kursus sama-sama dengan penceramah yang hebat!
Tuan Haji Jasni dari INTEC
Peserta kursus datang dari setiap cawangan UiTM. Dari Melaka, Kelantan & Johor. Selebihnya peserta dari kampus Shah Alam. Aku sendiri banyak belajar dalam kursus pertengahan ni, selalunya aku mengajar bab asas sahaja di luar. Tapi aku tengok, walaupun pertengahan, masih lagi cuit benda-benda yang asas.
Rata-rata yang hadir tak lah ZERO sangat pasal Photoshop. Ada yang terlebih mahir mengalahkan penceramah pun ada. Tak kisah lah, janji dorang ada belajar sesuatu dari penceramah kan?
Modul/amali yang dilakukan
Penceramah akan memberikan sekeping DVD kepada setiap peserta yang mana DVD tersebut mengandungi praktikal yang bakal peserta buat, lesson file serta beberapa file PSD dan Action file. Semuanya diberikan secara percuma dalam DVD tersebut.
Apa yang best?
#1-Aku dapat belajar masking dalam CS5 dengan mudah. Refine Edge yang tak selalu aku guna, aku baru tahu!
#2-Vanishing Point. Aku baru tahu jugak untuk buat box/packaging barang. Selama ni aku pakai skew,wrap, perspective saja.
#3-Bermain dengan Pen Tool & Path. Lain-lain biasa bagi aku
PC fasilitator, buat beger pulak!!
enjoy!
No comments:
Post a Comment