Tuesday, March 04, 2014

Ajai mempertaruhkan lagu "Aduh" untuk peminat setia? by shahroll




As salam, hello readers...

Ok kembali ke scene industri hiburan tempatan. Ewaah! Dah lama tak review lagu yang aku minat untuk dimuatkan dalam blog tatapan umum neh! Kali ni aku nak bawakan satu lagu M-pop hasil buah tangan terbaru Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai

Catchy, light dan easy listening.

Hampir sepuluh tahun menyepi dalam bidang seni, kembali dengan single solo bertajuk "Aduh". Mulanya, aku tak ambil pusing sangat, kedengaran sangat biasa halwa telinga aku dengan lagu ni. Tapi oleh kerana faktor kekerapan ulangan di MP3 dan juga radio, aku akui lagu ni memang "sesuatu"

Aduh- Ajai

Lirik Lagu "Aduh"

Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

Chorus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu


Ulang Chorus

Lirik yang puitis dan "dalam". Aku tak tahu based-line mana yang digunakan oleh Ajai untuk mencipta lagu ni, tapi menurut "rasa" aku, lirik ni memang ada kaitan dengan kisah silam Ajai. Aku hanya meneka sahaja ya! HEHE!!

Apa pun, MV official hanya dirakam menggunakan iPhone sahaja! Teknik suntingan yang nampak MV ni, "WOW"...

terbaek!

Ajai in style!


No comments: