Showing posts with label music industry. Show all posts
Showing posts with label music industry. Show all posts

Tuesday, March 04, 2014

Ajai mempertaruhkan lagu "Aduh" untuk peminat setia? by shahroll

Tuesday, March 04, 2014



As salam, hello readers...

Ok kembali ke scene industri hiburan tempatan. Ewaah! Dah lama tak review lagu yang aku minat untuk dimuatkan dalam blog tatapan umum neh! Kali ni aku nak bawakan satu lagu M-pop hasil buah tangan terbaru Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai

Catchy, light dan easy listening.

Hampir sepuluh tahun menyepi dalam bidang seni, kembali dengan single solo bertajuk "Aduh". Mulanya, aku tak ambil pusing sangat, kedengaran sangat biasa halwa telinga aku dengan lagu ni. Tapi oleh kerana faktor kekerapan ulangan di MP3 dan juga radio, aku akui lagu ni memang "sesuatu"

Aduh- Ajai

Lirik Lagu "Aduh"

Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

Chorus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu


Ulang Chorus

Lirik yang puitis dan "dalam". Aku tak tahu based-line mana yang digunakan oleh Ajai untuk mencipta lagu ni, tapi menurut "rasa" aku, lirik ni memang ada kaitan dengan kisah silam Ajai. Aku hanya meneka sahaja ya! HEHE!!

Apa pun, MV official hanya dirakam menggunakan iPhone sahaja! Teknik suntingan yang nampak MV ni, "WOW"...

terbaek!

Ajai in style!


Tuesday, November 05, 2013

Artis Youtube terbaru: Encik Mimpi dengan lagu single pertama "Rindukanlah" by shahroll

Tuesday, November 05, 2013



As salam, hello readers...

Lama tak update blog. Rindu nak taip panjang-panjang (walaupun tak panjang mana kan..) aku ada beberapa projek nak disiapkan, tu yang tak update sangat. Alhamdulillah, perniagaan kerepek dan kapit coklat pun berjalan dengan lancar =)

Pernah dengar nama "Encik Mimpi" tak?

Kalau korang seorang Youtubers, pasti mengenali sosok nama ini di dalam Youtube. Menggunakan nama pena "EM" banyak lagu cover version dalam channel beliau yang sesedap telinga nak mendengar, lelagi perempuan. CAIR beb!!

Nah layan jap;

Encik Mimpi- Rindukanlah

Fyi, lagu ni menjadi OST terbaru untuk drama slot akasia terbaru dari TV3, "Playboy Itu Suami Aku" selepas drama "Love You Mr. Arrogant" yang akan habis tak lama lagi. Bagus kan EM ni? memang talented artis, bukan setakat "ada-ada" saja

Dan lagi satu, imej yang misteri kerana tidak mendedahkan nama dan wajah, walaupun pernah tampil di Hot FM jamming tidak lama dulu. Betul-betul mempertaruhkan "suara emas" beliau itu kepada peminat-peminatnya

Encik Mimpi (EM)

enjoy!


Tuesday, January 17, 2012

Siapa Diandra Arjunaidi? by shahroll

Tuesday, January 17, 2012


As salam, hello readers...


Terdetik dalam hati, pemilik suara siapakah ini? Sedap betul suaranya. Baik dalam Youtube atau di radio, seringkali telinga ini mendengar lagu Angkasa. Diandra Arjunaidi? Tak pernah kedengaran nama ini sebelum munculnya lagu itu.
Diandra Arjunaidi

Diandra Arjunaidi, cucu kepada lagenda perfileman negara Datuk Rosnani Jamil dan Datuk Jamil Sulong merupakan artis rakaman pertama Yuna Room Records.


Diandra Arjunaidi merupakan nama baru dalam industri muzik Malaysia. Namun, bakat besar yang dimiliki oleh gadis yang cukup pemalu ini mampu bersaing dengan nama-nama besar dalam industri.


Diandara Arjunaidi dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Meminati muzik sedari kecil, dia mula menjinak-jinakkan diri dengan bermain gitar pada usia 14 tahun dan menulis lagu. Diandra turut mengikuti kelas vokal sehingga usia 15 tahun. [kredit: BuzzEra blog]



Mentor & Protege

Cool & Classic!!


Pendapat aku, suara DA memang bagus. Sebaik dan sehampir Yuna. Aku pasti, kenapa Yuna memilih DA kerana suaranya mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Dicampur pula dengan aliran music ala country (music Yuna stylo!) memantapkan lagi bakat DA.

Ok guys, nak berkenalan dengan DA? Jom ikuti perkembangan DA di dalam;


enjoy!

Thursday, August 26, 2010

"I No Can Do" Vs "Cari Jodoh"

Thursday, August 26, 2010
Salam all! =)


Aku selak2 ke blog SembangBincang and i found interesting dalam salah satu posting blog itu. Berkaitan dengan lagu Cari Jodoh dari Wali Band yang di cover version oleh penyanyi mat salleh iaitu fabriziofaniello.


Agak best jugak kalau dipanjangkan pasal musik Indonesia nie sebenarnya. Hakikat, lagu nie mendapat perhatian dari fabriziofaniello untuk membuat rakaman semula memandangkan lagu Cari Jodoh nie mempunyai rekod yang luar biasa. Berikut quote dari website beliau:-

My brand new single has already been a huge hit for the artist “Wali” with more then 4 million downloads and more then 1 million sold CD`s and reached the top position in the charts in his home country Indonesia. Now we are presenting the exclusive English version of this hit with lyrics by Mary Susan Applegate (“The Power of Love” – Jennifer Rush, Celine Dion, Air Supply) and a new pop version recorded in Sweden & Germany, supported with an outstanding top video made by Jan Reiff.
See? 4 juta muat-turun dan 1juta penjualan CD. Kalau kat Malaysia dah dapat la berbagai2 Anugerah la kot.

But for me, isu "cover version" kalau melibatkan 2 negara contoh seperti Malaysia-Indonesia, akan menjadi satu isu "hangat" dengan mengatakan "ciplak" or "bajakan", namun konsepnya sama seperti mana yang berlaku mat salleh tadi membuat cover version?

Mungkin kerana orang barat, maka dengan itu tidak timbul isu "ciplak" pulak. =O.. what yours?



I No Can Do


Cari Jodoh




How about Malaysian music scene? =D.. salam!