Tuesday, January 14, 2014

Photographer juga perlu banyakkan study pasal gambar! by shahroll




As salam, hello reader...

Hari ini bercuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang disambut setiap tahun di Malaysia. Alhamdulillah, banyak perarakan yang dibuat dari persatuan, kementerian dan lain-lain. Syukur!

Ok, pagi ni cuma tulis topik yang ringan-ringan, malas pulak nak kupas isu "kangkung" yang sedang viral dalam media social.


Kalau dah jadi photographer dan lama, kira dah hebat la amek gambar?

Bagi aku, tak jugak. Photographer atau bukan, ilmu yang ada sentiasa kena tambah dari masa ke semasa. Kalau tidak, kau dalam takuk yang lama dan sama. Orang lain dah buat style lain, kau masih di takuk lama. Sebab itu, banyak sekali seminar, kursus dianjurkan untuk meningkatkan pengetahuan kau dalam dunia foto.

Habis tu, aku tengok ramai je yang ambil gambar tak pergi kursus?

Kaedah pembelajaran ada macam-macam. Ada yang pergi kursus, ada yang pergi outing dengan kawan-kawan, ada yang duduk lepak rumah kawan berjam-jam untuk ceduk ilmu FREE, ada jugak minta nasihat dari pakar secara FREE jugak. Ikutlah mana kau selesa kan? bagi aku semua cara tak salah. Yang salah bila pergi kursus tak bayar yuran.

Belajar dalam Facebook dan blog tak boleh ke? Jimat sikit!

Siapa kata tak boleh? Boleh saja. Cuma kadang-kadang korang ni MALAS nak membaca sangat, betul tak? Kalau korang rajin takpe lah jugak. Kadang Baru beli kamera baru, manual kamera pun korang tak baca. Habis, cam na nak khatam ilmu yang berbillion dalam Internet ni? Sebab tu aku syorkan, pergi kursus crash course untuk jump-start! Kalau nak jimat, belajar sendiri.

Lepak dalam library satu hari boleh jugak kot eh?

Bergantung pada korang lah. Kalau ada masa yang banyak, selak buku-buku FREE yang ada dalam library tu. Bukan takat baca je, sambil tu pegang kamera kau sekali. Agak-agak dapat ilmu sikit, terus cuba..cuba dan cuba! Jangan dok peram sangat kamera tu, kang berkepam!

Last word dari Abang SH?

Belajar lah sampai ke liang lahad!


2 comments:

Farid Laham said...

good idea bro hehe :)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Farid Laham (terbaek.net)

haha.. thanks boss!