Sunday, January 19, 2014

Kongsi resepi: Ayam Masak Thai dan Terung Planta Shitake by shahroll




As salam, hello readers...

Agak lama aku tak menulis blog pasal resepi yang aku cipta sendiri. Selalu "rompak" resepi orang lain je. Diingatkan, aku bukan chef professional ya, aku masak main campak-campak, hentam-hentam saja. Janji sedap dimulut dan hati. Eccehh!!

Resepi yang aku share ni aku ilhamkan dari pemerhatian aku samada dalam TV, majalah dan buku-buku yang aku baca. Enjoy!

Lazat? try this!!

Resepi #1: Ayam Masak Thai

Bahan-bahan;
400gram dada ayam dipotong kecil
Seulas halia potong kecil
2 biji cili merah (potong halus)
2 biji bawang putih (potong halus)
1 biji bawang merah (potong halus)
1 biji cili hijau Thai
1 batang kayu manis

Cara masak;
1) Panaskan minyak. Masukkan ayam, bawang putih, bawang merah, halia, cili merah dan kayu manis. Kacau sehingga naik bau.

2) Masukkan sos tiram (jenama apa-apa pon boleh!) dan sedikit air. Kecilkan api dapur, reneh sehingga 10 minit. Masukkan cili hijau. Siap!


Resepi #2: Terung Planta Shitake

Bahan-bahan;
4 biji terung
2 biji cili merah
Beberapa biji cendawan shitake (ikut suka nak banyak mana)
2 biji tomato
semangkuk kecil cili boh
2 bawang putih
2 biji bawang merah

Cara masak;

1) Terung dibakar dengan planta dalam periuk panggang ajaib

2) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan tomato. Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan sedikit garam, gula dan ajinamoto. Kacau lagi.

3) Selepas 15 minit dengan api kecil, taburkan cili merah. Siap!

Amacam? simple je kan. Orang bujang sesuai la makan santai-santai macam ni. Kalau dah berkeluarga, lain sikit kot menunya kan? HEHE!

selamat mencuba guys!


2 comments:

Phy said...

Looks really good. Thanks for sharing. Mau cuba resipi terung tu. ^^

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Phoebe:

Hye babe! thanks drop by here.. dah cuba jangan lupa tag your post ya! =)