Tuesday, November 05, 2013

Artis Youtube terbaru: Encik Mimpi dengan lagu single pertama "Rindukanlah" by shahroll




As salam, hello readers...

Lama tak update blog. Rindu nak taip panjang-panjang (walaupun tak panjang mana kan..) aku ada beberapa projek nak disiapkan, tu yang tak update sangat. Alhamdulillah, perniagaan kerepek dan kapit coklat pun berjalan dengan lancar =)

Pernah dengar nama "Encik Mimpi" tak?

Kalau korang seorang Youtubers, pasti mengenali sosok nama ini di dalam Youtube. Menggunakan nama pena "EM" banyak lagu cover version dalam channel beliau yang sesedap telinga nak mendengar, lelagi perempuan. CAIR beb!!

Nah layan jap;

Encik Mimpi- Rindukanlah

Fyi, lagu ni menjadi OST terbaru untuk drama slot akasia terbaru dari TV3, "Playboy Itu Suami Aku" selepas drama "Love You Mr. Arrogant" yang akan habis tak lama lagi. Bagus kan EM ni? memang talented artis, bukan setakat "ada-ada" saja

Dan lagi satu, imej yang misteri kerana tidak mendedahkan nama dan wajah, walaupun pernah tampil di Hot FM jamming tidak lama dulu. Betul-betul mempertaruhkan "suara emas" beliau itu kepada peminat-peminatnya

Encik Mimpi (EM)

enjoy!


No comments: