Wednesday, October 02, 2013

Tips bagaimana untuk memulakan perniagaan online part #1! by shahroll




As salam, hello readers...

Memiliki sebuah perniagaan "maya" iaitu dalam online merupakan idaman bagi mereka yang tidak mahu memikirkan kos-kos utama seperti sewa kedai, utiliti bil dan sebagainya. Dengan menggunakan medium online, dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh peniaga.

Namun, pasti korang terfikir, bagaimana langkah awal nak masuk dalam perniagaan online ni? Bagaimana risikonya? bagaimana keuntungannya? Ada beberapa soalan untuk aku tanya pada korang;

1) Sudahkan melengkapkan diri korang dengan dunia ilmu perniagaan online?
2) Produk apa yang korang nak pasarkan?
3) Siapa target market korang?
4) Adakah supplier korang boleh hantar barang on time?
5) Apa medium yang perlu digunakan?
6) Siapa penghantar parcel yang terbaik?

Itu antara soalan-soalan yang popular aku tanyakan jika ada orang perseorangan atau syarikat-syarikat kecil berurusan dengan aku untuk sesi perundingan tentang penjualan online. Kalau semua ada jawapannya kepada korang, maka korang dah melepasi satu sesi "Research Market" sebelum korang terjun dalam bidang ni. syabas!

Seterusnya apa?

Seterusnya adalah merangka strategi pemasaran dengan menyediakan bahan-bahan seperti gambar produk, penyampaian dalam website, designing, logo syarikat (branding) semua ini penting bagi memastikan perancangan korang nak menjual tercapai.

Sebagai contoh, Online retailer terkemuka macam Zalora.com.my menjadi inspirasi kepada semua peniaga-peniaga online kerana kualiti penyampaian dalam website menepati target market yang disasarkan. Dari pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Gambar-gambar yang diletakkan juga memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelayar web bertukar menjadi pembeli produk korang.

contoh banner promosi yang digunakan

Jika korang rasa tak cukup kreatif untuk melaksanakan tugas-tugas designing, jangan risau. Banyak freelancer yang boleh korang hired untuk mendapatkan design yang professional tanpa memeningkan kepala anda. Cari dalam Facebook, banyak! Dengan itu, dapat menjimatkan masa dan boleh buat perancangan yang seterusnya.

Post ini akan bersambung di part #2

I'm proud to be Social Media Manager (SMM)

enjoy!

2 comments:

Faizalpj said...

Social media manager katne.hired lah I

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

FP:
Hired FP pon cantek juga.. heheh~