Tuesday, October 15, 2013

Hari Raya Haji? Korban? Potong lembu by shahroll




As salam, hello readers...

Raya Haji atau Raya Korban orang cakap. Hari ni pergi solat sunat di Masjid Pandamaran. Lewat gak, sampai dah nak start solat pun. Nasib sempat dan masih ada ruangan kosong. Sebelah aku rakyat Bangladesh. Mana datang pun tak tahu lah, tapi sebab saudara Islam, kita bersaudara. Hujan renyai-renyai seakan merahmati hari ini yang penuh berkat.

Korban lembu.

Aku dan abah pergi ke Pulau Indah (Kampung Sri Pinang) menolong AJK surau disana. Dah 2 tahun abah aku pergi menolong memotong lembu di sana. Tahun ni baru aku join, tapi setakat hantar saja lah. Mood agak swing dari semalam dan mata mengantuk (yes, ini bukan alasan ok? HAHA!)

Gambar Hiasan

Mana yang mampu, boleh beli seekor lembu untuk di-korbankan dan beri daging-daging tersebut kepada mereka yang layak. Inilah perpaduan dalam Islam yang dianjurkan untuk membantu umat Islam yang lain. Aku quote balik ayat dari ustaz dalam TV sebenarnya tu. Bagi yang mampu untuk membeli sebahagian lembu, pun boleh berbuat begitu juga.

Ada banyak company yang jual lembu-lembu untuk dibuat korban ni. Korang leh cari dalam Google k?

Last sekali, apa pengorbanan korang tahun ni?


No comments: