Wednesday, August 21, 2013

Tips: Jaga suhu kenderaan anda! by shahroll




As salam, hello readers...

Menjaga kenderaan iaitu kereta ibarat menjaga isteri. Kena selalu periksa apa yang tak bagus, yang kurang dan seumpamanya. Kering ke tidak minyak hitamnya, gear-boxnya, minyak gear. Silap-silap kalau kering minyak gear, alamat rosaklah gear box kereta korang.

Selain itu, suhu kenderaan korang juga kena pantau selalu. Mata aku ni selalu bawak kereta tak lepas dari tengok meter suhu, selepas satu insiden melibatkan suhu enjin kereta. Mau aku tak cuak, suhu melepasi paras kritikal, satu bar lagi dah merah!

Apa puncanya?

mekanik memeriksa Radiator kereta

First sekali yang melekat di fikiran aku, ni mesti pasal radiator. Yelah, sekian lama kot aku tak servis radiator tu. Berkeladak gila. Kuning-kuning melekat. Dah berkarat pun! Apa punya owner la...

see? so, kena tukar yang baru

tadaaa.. radiator baru dalam RM150+ Coolant tu RM15

Radiator ni yang biasa punya. Kalau kualiti baik punya (bak kata tawkey cina tu) dalam Rm200 lebih. Dalam keadaan yang agak darurat masa tu, kekeringan di poket, beli mana yang mampu dulu. Nasib baik ada, kalau tak mau redah kereta "panas" ke Klang!

Rupa kereta tak da radiator... hehe..

Hose getah tu masih ok lagi. Just tukar radiator saja. Tak tanya pula kalau tukar sekali berapa ringgit. Diingatkan, kalau getah korang mula mengeras, better tukar ok? takut pecah ditengah jalan.

Mekanik buka kipas lama tuk dipindahkan ke radiator baru...

OK! dah siap.. hoho..

Selepas siap, kami pun pulang dengan senang hatinya. Walaupun begitu, kegembiraan kitorang tak lama, sebab suhu masih naik! Aku risau dah ni, ape hal pulak kereta ni. Baru je "belanja" barang baru dah buat hal lagi? Sesampai je kat Klang, pergi pula ke bengkel lain. 2 bengkel. Barulah tahu punca sebenar.

Head engine dah bengkok! demm!

aku sambung kemudian...

enjoy!

2 comments:

mknace unlimited said...

:) baru kena itu hari. memang betul. lepas kita kena baru kita nak beringat.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

MKN:

Kan? kena jaga bebetol kereta ni, nak nak pulak keta dah uzur.. haha.. thx singgah sini bro! =)