Friday, August 02, 2013

Majlis Iftar e-Qurban bersama rakan niaga & media/ Blogger by shahroll




As salam, hello readers...

Tanggal 30hb Julai 2013 bertempat di Sungai Kelambu, Banting telah diadakan satu majlis berbuka puasa bersama e-Qurban dengan anak-anak yatim dan juga pelajar tahfiz. Alhamdulillah, aku sekali lagi diberi kesempatan untuk mengikuti majlis ini. Pada tahun lepas, boleh baca di post entry INI

e-Qurban sudah 4 tahun sejak 2009!

Sampai disana lebih kurang pada jam 6.30petang dan disambut dengan emcee yang mengalu-alukan kedatangan kitorang. Seronok rasa! Macam media arus perdana je padahal kami blogger picisan saja. HEHE! Selepas mendaftarkan diri, kami terus ke khemah yang disediakan pihak penganjur.

sebahagian para tahfiz yang di muliakan...

Pada tahun ni, aku rasa berlainan sedikit. Bukan lain apa, kalau tahun lepas aku hanya mengenali beberapa orang bloggers dan team e-Qurban tetapi pada tahun ini aku seperti "keluarga e-Qurban" itu sendiri sebab mengenali team-team e-Qurban dengan lebih dekat seperti Tuan Haji Masrukin, Encik Yuzaidi, anak tuan haji dan beberapa orang yang lain.

Ini disebabkan aku telah mengikuti Misi Kembara di Kemboja pada tahun lepas.

gambar tahun lepas, dimuatkan didalam buku laporan e-Qurban 2009-2013


Majlis ini disempurnakan dengan ucapan Tuan Haji Khanafi, selaku Ketua Pegawai Eksekutif e-Qurban. Antara isi teks ucapannya mengatakan, "Koperasi Muslim Kemboja (CMC) menubuhkan Sekolah Integrasi Nurul Iman, demi kelangsungan intelek pelajar-pelajar di Kemboja", katanya.

Selain itu juga, projek terbaru e-Qurban adalah melancarkan inisiatif kebajikan "Project Tuk Tuk". Apakah Tuk Tuk ni? Tuk Tuk ialah sebuah kenderaan beroda tiga yang digunakan untuk membawa penumpang sekitar bandar. Dengan projek ini, penaja diperlukan untuk setiap Tuk Tuk bagi membiayai fakir miskin. Setiap bulan, penaja membayar USD30 untuk setiap Tuk Tuk.

Tuk Tuk Kemboja
gambar: Google Image

Selesai ucapan, sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa kelihatan bloggers semua sibuk mengambil foto-foto sekitar khemah. Yelah, kalau tak ambil gambar, macam tak menarik la pulak bila nak buat posting kan? Aku je lemau sikit nak ambil gambar sebab tak bawak kamera DSLR!

Aku berbuka ringan dulu, SATAY!

cendol bakar

Lepas bersolat, baru makan makanan yang berat. Itu pun tak banyak mana sebab rasa dah kenyang sangat dngan satay dan cendol bakar. NICE! Aku lepak dengan kawan aku dari Utusan Malaysia, Shah Che Ahmad dengan jurugambar Azim.

setahun baru jumpa balik! punya busy lah si Shah ni..

sesi temuramah bersama e-Qurban, DPIM dan Al-Ansar Group

Selepas selesai temuramah bersama mereka, aku berjumpa dengan salah seorang artis kian meningkat naik dalam bidang nyanyian nasyid kotemporari iaitu Muadz. Lunak merdu suaranya yang dikurniakan oleh Allah SWT. Cuma temuramah ringkas saja, sebab masa tidak mengizinkan. Insyaallah aku akan buat post entry khas untuk Muadz.

Terkejut juga Mu'adz katakan kat aku, "Awak lah blogger pertama yang interview saya," katanya. Okeh, bangga sat! HAHA.

Facebook: Mu'adz Dzulkefly

enjoy!

2 comments:

Unknown said...

terpancar NUR kat muka bro di bulan puasa nie

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

HF:
Huhuh Alhamdulillah.. berkat minum kolegen.. wakakkaa...