Saturday, August 03, 2013

Berbuka puasa di Arabic Restaurant, ZamZam @ Oasis9 by shahroll




As salam, hello readers...

Berbuka puasa di luar kadang kadang tak menepati standard kita seperti dirumah. Maksudnya, dari segi ketepatan hidangan diatas meja dan air yang banyak. Itu dirumah lah. Kalau di restoren, ada yang mengecewakan service nya. Tetapi tidak di ZamZam restoren!

Lokasi sekitar seksyen 9, bangunan tersergam indah dinamakan Oasis 9. Aku pernah makan disini dulu, boleh baca kat SINI. Tu tahun 2011 punya. Lama gak lah tak makan dekat sini.

Actually, bukan aku seorang berbuka kat sini. Idea nak berbuka kat sini datang dari second boss aku lah. Plan berbuka sesama dengan staff bahagian lain. Ok jugak, walaupun aku memang selalu berbuka dengan boss-boss. HAHA!

Antara menu yang dipesan adalah Chicken Mandy & Lamb Mandy, 2 bowl salad, 2 jug Fresh Orange dan 1 hidangan istimewa ramadhan, tapi aku lupa nama dia! haha... *boss aku panggil Chicken Turkey*


Chicken & Lamb Mandy

Salad

Chicken Turkey (klik tulisan)

Terkejut gak masa Pak Arab tu hidang makanan. Penuh 2 meja! Nasib yang makan ada 4 orang walaupun hidangan ni sebenarnya boleh makan 8 orang! kenyang tak henggat dunia kauuu!

gambar wajib, tisu!

My rate:
Cleanliness : 4.5/5
Ambience : 4.5/5
Food Quality : 5/5
Service Quality : 4/5
Value For Money : 3.5/5
Overall : 4.5/5

Harga untuk semua menu yang kami makan adalah RM230.10 sahaja. Pastikan time korang nak makan kat sini, time poket sedang banjir dengan duit gaji, kalau tak memang ranap poket! sesilap pakai kredit kad! hehe...

Address:
Oasis 9 Shopping Complex, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, 
40000 Shah Alam.

enjoy!

No comments: