Sunday, June 16, 2013

Media Food Review: Special Edition Blogger @ AGEHAN Japanese Restaurant by shahroll




As salam, hello readers...

Bertempat di Aras 1A, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam, berlangsungnya sesi review makanan jepun yang halal. Yes! HALAL. Makan tanpa was-was. Aku datang awal, dalam 5.40 petang cam tu. Event bermula 6.30 petang, so masa yang ada just lepak kat lobby.



Bloggers yang ada semalam adalah Hazman Fadzil (Malay Foodie Blogger), Cik Lily Putih, Yana Yassin, Aizul Marcello with Lynda Roslan. Lain-lain bloggers ada jugak, tapi tak kenal. HAHA!

We're Bloggers! yeahhh... *krikk krikk krikk*

Apa yang kitorang makan?? Jom layan!

#1- Bento

1st time aku makan Bento ni. Tak tahu amende Bento tu leh baca kat wikipedia. Merupakan hidangan tipikal masyarakat di Jepun. Macam korang bawak bekal dari rumah tu. Mengandungi sumber protein ada Ikan Saba, then ada Ayam Soy Bean, dan Udang Tempura. Nasi yang sedikit, bagus untuk orang yang berdiet! Miso sup juga disediakan dalam hidangan ini.

4/5 bintang untuk keenakkan hidangan Bento.

#2- Sayur Campur

Actually, ini bukan hidangan yang dihidang oleh pelayan restoren ek. Aku amek dekat kaunter depan dan main masuk je apa yang ada. So aku amek sayur macam tomato, jagung, cili benggala hijau, lobak merah, isi ketam. Killer hidangan ni terletak kepada sos+mayonis dia je. Good one!

aku amek kat sini la, masuk je semua bahan.. hehe..

#3- Sashimi

Hidangan Sashimi merupakan menu yang tidak boleh makan tanpa ada sos untuk korang cicah. Kalau suka dengan rasa "raw" ikan Salmon, silakan. Semalam aku makan tanpa mencicah sos-nya, agak kurang disitu. Cara masakan ini dibuat dengan cara mengasapkan (smoke) bahan-bahan. So, korang akan dapat rasa juicy Ikan Salmon, Sotong Kurita dalam mulut korang. Ferghh.. nice!

#4- Mint Ice-Cream

Last sekali, inilah pencuci mulut kitorang lepas dah makan berat tadi. Teh jepun diberi secara sejuk dalam gelas. Yang merah-merah dalam ice cream tu kacang merah ye, macam makan cendol daaa.HEHE!

Korang nak try makanan ni? Opening business dorang macam gambar kat bawah;

Lunch & Dinner
yang penting, HALAL!

Terima kasih kepada Agehan Japanese Restaurant yang memberikan services layanan terbaik sepanjang kami disini. Tak lupa jugak kepada Chef Eiji Tokuda dan Chef Azmi Md. Sidek yang menerangkan tentang makanan semasa sesi temuramah.

yang pakai blazer hitam tu adalah  Achiek Sidek, Assist. Manager, 
Public Relations Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Korang yang berminat boleh menghubungi Agehan Japanese Restaurant di talian: 03-5511-8811 (exit:2623) untuk tempahan awal mahupun pertanyaan lanjut.

Arigato!

2 comments:

Unknown said...

Memang set makanan jepun nie berkhasiat je kan....

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

HF:

Memang pon bro.. pastu banyak sumber protein+sayuran. Paling mantop MISO SUP! hehehe..