Wednesday, June 19, 2013

Asia Food Blogger: Lamb Chop ala Klang! by shahroll




As salam, hello readers...

Selain menulis blog, aku juga gemar memasak. Tak kiralah masakan Barat ataupun masakan Timur. Dan, tak lah hebat macam kat Master Chef tu ye? HAHA! masak sesimple aje. Kali ni aku berselera nak makan Lamb Chop yang bahan-bahannyer aku beli di outlet Ramly.


Nak peram daging kambing dalam bekas

Bahan perap yang aku guna adalah Bawang putih dan lada hitam. Lada hitam tu korang kena tumbuk dulu kasi hancur then baru tabur dalam bekas lepas korang dah lulur daging kambing tu dengan bawang putih. Tak lama tu, korang dah boleh ke next step, menggoreng!

gini lah rupanyerrr.. 

Proses memasaknya menggunakan jenis pemanggang ajaib yang mak aku beli. Nak pakai kuali lain, boleh juga, tapi senang pakai kuali jenis macam ni. Leh terbalik-terbalikkan daging dengan mudah. Ye, mudah! Sebelum korang masak daging ni, kuah untuk lamb chop dah siap tersedia ok? sebab nak curah sket dalam daging ni nanti masa memanggang. Boleh tengok resepinyer kat SINI.

merecik-recik.. slurrpp! pakai mentega ye, nak pakai minyak pon boleh!

Chef Shahroll? MAIIIGADD...

Dah setel, boleh buat plating dalam pinggan yang besar. Kalau tak de pinggan, sila pakai talam kecik! HEHE. Kalau korang nak lagi best, boleh letak bahan tambahan macam coslaw (beli je kat KFC), kentang lenyek dan wedges. PERghhh.. lazzatt!

Banyakkan sayur! bagus kan?

selamat mencuba

enjoy!

No comments: