Thursday, March 28, 2013

Berakhirnya semester ke-8 Pelajar Luar Kampus (PLK) by shahroll




As salam, hello readers...

Semalam dan hari ini merupakan hari terakhir dalam semester ke-8 selepas selesainya peperiksaan akhir untuk kertas ETR300 dan juga BBM110. Untuk kertas OMT290 tiada peperiksaan akhir, cuma ada final test. Alhamdulillah, semua dilalui dengan lancar walaupun ada sedikit masalah melanda.

Sepanjang aku berada dalam semester 8, kelas yang paling best bagi aku adalah kelas OMT290 berbanding dengan 2 kelas yang lain. Aku memang suka dengan kelas Organizing Event sejak awal semester lagi. Antara lainnya, aku mahukan ilmu menguruskan majlis (back-end) untuk persiapan bisnes berkaitan dengan majlis seumpamanya. Bukan sekarang, mungkin 2-3 tahun lagi. Ilmu yang ada tak cukup lagi rasanya.

Kelas BBM110 bukan tak best, tapi berapa kerat je dari batch aku. Tak ramai. Tapi kelas tu ok juga dengan teman kelas yang lain. Walaupun kita bangsa Melayu yang kononnya fasih berbahasa Melayu, tetapi dalam penulisan masih banyak perlu dipelajari. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar aku untuk sem ni. Semua terbaik!

Untuk kelas ETR300, cabaran paling utama menyiapkan Business Proposal bersama group. Ada 6 orang dalam group aku. Mereka adalah Nurul Ain, Nurul Hidayah, Nurul Fikrini, Asyikin, Nurhafiza dan aku sendiri. Mereka mempunyai jawatan tersendiri dalam pembentukkan company yang kami bina atas jenama My Maid Cleaning Services Sdn Bhd.

Terima kasih tak terhingga kepada my team ETR300 kerana bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing dan tempat pertemua kami di Perpustakaan Awam Selangor di seksyen 13. Sesungguhnya aku menghargai penat lelah serta komitmen yang jitu dari kalian. Kalau tidak, Encik Hardy Lo tak kan hantar WhatsApps berbunyi "You did well". Good job guys!


My team members Organizing Event: We Care

My team members ETR300: Business Proposal

Segalanya sudah selesai. Cuma menunggu keputusan peperiksaan sebulan lebih dari sekarang. Walaupun hanya 3 subjek yang aku ambil semester ini, masa aku sudah cukup terbatas. Al-maklum, banyak perkara lain selain belajar aku harus lakukan untuk mencari sesuap nasi. Ewahh! HUHU.

Jumpa lagi di semester hadapan!

enjoy!

4 comments:

Razil Tahir said...

Woah!
Congratz!!
XD

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

RT:

Thanks bro.. ada 2 sem g nak habes ni.. hehehhe~

Anonymous said...

tahniah bro...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Imran:

Thanks bro! =)