Friday, November 02, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources Day #3 by shahroll




As salam, hello readers...

*sambungan dari entry INI*

Gigihkan aku nak habiskan story ke Kemboja ni? HAHA! nanti bila musim "malas" datang, susah la pulak kan? Kita teruskan untuk hari ke-3 semasa aku berada di sana. Seperti hari ke-2, jadual yang telah direncanakan oleh pihak eQurban untuk membawa kami ke tempat penyembelihan.

Dimana? Kampong Chear Mentry, wilayah Kandal.

sebelum pergi bersama 
jurugambar Utusan Malaysia (kiri) dan Tuan Haji Masrukhin (kanan)

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit dari tempat kami menginap. Sampai sana, masyarakat tempatan dah ready untuk menumbangkan lembu-lembu yang ada. Lembu banyak weh! Itu semua lembu-lembu yang telah dibeli/ditempah oleh orang Malaysia dari eQurban. Senang kan dengan adanya eQurban?

Di hadapan Masjid Ar-Rahmani, Chear Mentry

Masing-masing pegang lembu untuk dikorbankan. Ada yang masih belum ditumbangkan. Style kat sini qurban dia laju seh! Walaupun ada 1 hari tu qurban sebanyak 70 ekor lembu, tapi sekejap je siap. Cool kan? Kerja-kerja melapah laju weh. Tak caya? ada gambar dorang ngah lapah sat gi.

steady... 3 orang je dah leh tumbang itu lembu.. hehe!

Bila lembu dah already die, akan dibawa oleh orang kampung untuk kerja melapah. Kalau buat kat situ, mau tak solat Jumaat kami nanti. Kami tak terlibat la dalam upacara melapah daging tu ye. Kami lihat, kami rakam, kami lapor. HEHE!


steady.. bawak pakai motor je weh, kau mampu? SALUTE!

Thanks to Pakcik atas ni (tak tanya pulak nama dia) yang berhenti sekejap masa aku snap gambar dia. Sempoi dowh! Aku rasa mereka di Kemboja mesra dengan lensa kamera. serius! Kalau lah aku bawak DSLR aku masa tu.. ohhaii! mau repeat lagi ke sana!! =D

Bersama brother Kumoidin

Bro Kumoidin ada cerita dia yang tersendiri. Dia antara penduduk di Kampung Chear Mentry yang fluent English walaupun dia pernah stay di Malaysia 3 tahun. Tapi sayang, dia gagal untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. English pun boleh maa! Internasionaley (international) gitu!. Dia kata kat aku lagi, dia teringin nak belajar di Malaysia.

Kumoidin antara pelajar di CIC (Cambodian Islamic Center) yang dinaungi oleh Cambodian Muslim Cooperative (CMC). Ada try mintak scholarship untuk sambung pengajian di Malaysia, katanya. Tak silap untuk jurusan Diploma Business. Semangat tinggi! itu kita mau. Aku cakap kat dia "your turn will came around, just tawakal to Allah" kan?

Yang bestnya, dia minat untuk buat blog bila aku approach dia yang aku blogger dari Malaysia. Yeay! Waiting for Cambodian Blogger Community bebeh!

kerja-kerja melapah lembu

Kita sambung balik pasal qurban. Ada juga yang lapah di tempat penyembelihan. Tak tahulah sebab apa dia tak bawa balik. Apa yang aku perhatikan, walaupun tanpa canopy untuk melindungi diri dari panas terik yang sangatlah membahang, mereka lapah lembu dengan lajunya. SALUTE weh! Tepat-tepat nak masuk Solat Jumaat, dah habis lapah. Fuhhh~ yang tinggal cuma perut dan kulit lembu je, lain-lain dah siap dibagi-bagi.

Post ini akan bersambung....

6 comments:

Yousake NKRI said...

mampir untuk membantu meramaikan blog ini ^_^

#Salam sukses dari Yousake NKRI

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

NKRI:

Terima kasih. sudi-sudi untuk menjengah blog ini di lain masa juga =)

abdrashid said...

semua laju kat sana. sekejap ada sekejap lagi dah habis...macam tu kut.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Encik Rashid:

Semuanya laju.. motor nak laju.. bas nak laju.. org pon nak laju.. hhehe.. gerak kerja kat sana mmg laju2 semua =)

Geng Borak said...

hai kumoidin... i'm hisyamudin..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kid:

tunggu blog dia siap bro.. hahahha~