Sunday, November 04, 2012

SPM untuk renungan korang by shahroll




As salam, hello readers...

Esok merupakan perjuangan terakhir bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM untuk "meluahkan" pengisian pembelajaran yang telah dihadamkan dalam otak dan menerusi jari-jemari, akan tertulis segala jawapan yang dirasakan perlu untuk dijawab pada esok hari k?

Aku juga dulu lepasan SPM. Dari sekolah teknik ye? Bukan calang-calang (kononnya!) Dan dengan itu, aku merasakan SPM memerlukan korang fokus pada level yang sangat tinggi. Lagi tinggi dari bangunan KLCC tu.


Satu cerita. Masa kereta aku rosak di stesen minyak di Klang, ada 2 mamat motor (tak sampai hati pulak nak panggil mat rempit) yang bantu aku setelkan masalah kereta. Cerita dari si F ni buat aku terfikir sejenak. Dia berkata kat aku, SPM dia agak teruk dan dia mengaku masa SPM tu dia main-main. Tak ambil serius pun. Then, dia tersedar kesilapan dia tu masa dia nak memasuki alam Universiti walaupun dia sudah ada sijil yang berkaitan bidang yang dia minati.

Tetapi sijil itu semua tak berguna pun. Sebab pihak Universiti mahukan result SPM. So, benar tak cikgu-cikgu sekolah korang yang dok bebel kata SPM tu penting? kan?

Masa masih ada. Kepada mereka yang over-confident masa pre-SPM aritu, jangan gelojoh sangat menjawab tu. Semak satu persatu. Selalunya yang banyak kecundang real SPM ni mereka yang over-confident ni la. Biar jadi mat/minah hati-hati masa pegang kertas soalan tu k?

All the best untuk esok. Niat dalam hati jawab SPM kerana Allah. Lillah-hi-ta'ala. Bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri sendiri dan Tuhan yang berikan akal fikiran.

enjoy!

1 comment:

Geng Borak said...

aku tak ambik spm dulu.. huhuhu