Sunday, October 28, 2012

Qurban di Kampong Cham bersama eQurban by shahroll




As salam, hello readers...

Sudah 4 hari aku berada di bumi Cambodia. Now aku stay di salah sebuah hotel di Phnom Penh setelah menghabiskan ibadah qurban di Kampong Chhang dan juga Kampong Cham.

Pengalaman di Kampong Cham?

Paling nyata dan segar dalam ingatan adalah keadaan masyarakat dan juga keadaan jalanraya nya. Kebanyakkan rumah-rumah disini ada yang rumah batu dan ada juga rumah kampung seperti di Malaysia pada awal tahun 70-an. Dapat bayangkan tak?

Yang kaya, boleh pakai kereta Dodge dan miskin pakai takat motosikal, tak pun basikal.

Ok, kita fokus pada tajuk utama. Setelah 1 jam setengah masuk ke dalam salah sebuah perkampungan, kami disambut dengan masyarakat tempatan yang menantikan kehadiran team eQurban untuk melakukan ibadah qurban. Semalam sebanyak 70 ekor lembu kesemuanya yang mana semua dari organisasi dan individu yang mengambil bahagian dalam eQurban di Kemboja.

proses menumbangkan lembu oleh penduduk tempatan

Kebanyakkan lembu disembelih oleh Tuan Haji Masrukhin dan ada sebahagiannya oleh team eeQurban yang lain. Untuk penyembelihan memang dikendalikan oleh team eQurban sendiri. Penduduk tempatan menolong dari segi melapah daging lembu qurban. Skill mereka jauh lebih bagus dari skill kita di Malaysia. Laju ok?

lembu yang selamat di-Qurban-kan

Kerja penyembelihan selesai kira-kira dalam jam 1.45petang (waktu Kemboja) dan waktu itu kami semua dah menggelupur kepanasan. Tahap kepanasan disini boleh tahan juga rasanya. Berdebu dan kering sebab 6 bulan hujan (Jan-Jun) dan Panas (Julai-Disember).

Entry ini akan disambung...

4 comments:

Unknown said...

pengalaman menarik tu... beraya di tempat orang... slamat hari raya kurban bro!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Sam:
Memang menarik bro.. lagi2 masuk kmpung orang kan.. tapi sini cuaca agak panas sket..nak demam ase.. haha

JMR said...

bro tolong sembelih ke tak ni?hehe

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

JMR:
x tolong pon.. tolong amek gambo je byk.. haha