Saturday, August 11, 2012

Mencari tablet terbaik China? Ainol jawapannya! by shahroll



As salam, hello readers...

Zaman sekarang kalau tiada tablet di tangan, semacam tidak lengkap kehidupan urban yang merupakan gajet bukan saja keperluan dewasa, malah kanak-kanak juga. Tidak keterlaluan aku cakap, jump-start yang dilakukan oleh Apple dengan keluaran iPad, membawa satu dimensi baru dalam penjualan tablet sedunia.

Tapi, ada tapi nya lah. Bukan semua orang mampu untuk memiliki tablet yang ber-ranking mahal. Ada yang berkeinginan mempunyai satu tablet untuk diberi kepada isteri atau anak-anak yang mahu juga mengikuti perkembangan semasa menggunakan tablet walaupun hanya untuk bermain game.

Di sini wujudnya tablet murah atau tablet keluaran dari China. Suka aku tegaskan, bukan semua barangan China adalah low kualiti. Semalam, banyak blog aku review dan juga forum mencari tablet terbaik keluaran China. Hampir 2 jam membaca dan menonton di Youtube, akhirnya aku memutuskan yang terbaik adalah Ainol.

Siapa Ainol? Baca SINI.


produk Ainol

Malah, ramai juga pengguna luar negara khususnya US, membuat review terhadap produk tablet ini. Saksikan channel dibawah ini;


Kalau korang masih tak berpuas hati tentang produk ini, maklumat lanjut boleh korang dapati di;

Official Website: Ainol website
Official Facebook: Ainol Facebook 

enjoy!

No comments: