Tuesday, August 28, 2012

Mee Calong? by shahroll




As salam, hello readers...

Dalam aku mencari menu-menu yang berasaskan "mee" terpaut pada satu pautan link ke fotopages seseorang. Rasanya ni geng masak-masak juga lah. Usaha mencari menu berasaskan mee kerana, aku sedang membuat 'case study' untuk memulakan perniagaan makanan. Lain masa aku cerita lebih detail.

Mee Calong?

Aku 1st time dengar dan lihat sebenarnya. Mungkin macam "mee bandung" bahan-bahannya, cuma kuah je tukar jadi sup. Dan ada bebola daging sikit. Look nice. jom usha resepi dia;


Bahan 
1 rangka ayam [potong kecil] 
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan] 
1 pokok daun sup [hiriskan] 
1 batang carrot [potong kecil] 
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek] 
3 biji cili merah [hiriskan] 
bawang goreng 
garam 
air secukupnya 
2 s/b minyak 
1 kiub ayam [maggi atau knor] 

Bahan tumbuk/mesin 
2 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 s/b lada hitam 

Bahan Sos Kicap Pedas 
15 biji ciliapi ] tumbuk halus 
1 ulas bawang putih ] 
2 s/b kicap cair 


Bahan Calong 
1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang 
1 s/k lada hitam tumbuk 
sedikit tepung jagung 
sedikit garam 

Cara. 
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil. 
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi. 
3. Masukkan air dan biarkan mendideh. 
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh. 
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong. 
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2. 
7. Masukkan sawi/kailan. 
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun. 
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng. 
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas. 

Amacam? ada idea nak masak untuk isteri balik rumah nanti wahai suami-suami mithali? HEHE!

enjoy!

4 comments:

najihahfara said...

sedap mee calong ni..peberet

Izwa Kamaruddin said...

perrgghh...menarik nih!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Najihahfara:

Wahhh feveret tu.. leh masakkan tuk kawan2 blogger kan? ehhehe

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Mrs. Eady:

kan? cubalah masak... sure suami tersenyum! hehehe~