As salam, hello readers...
Malam tadi aku bersama rakan blogger Suria menghadiri majlis Gala Night bagi mempromosikan filem terbaru terbitan KRU Studios, 29 FEBRUARI arahan Edry Abdul Halim yang bertempat di Tanjong Golden Village (TGV) Sunway Pyramid.
Seperti yang kita sedia maklum, filem ini diterajui oleh aktor Hero Malaya kita iaitu, Remy Ishak dan juga Jojo Goh. Barisan pelakon lain adalah seperti Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron, Adleena Nordin dan ramai lagi.
untuk membaca sinopsis, klik: Sumpahan Budi!
"orang kuat" 29 februari!
Review:
1) Filem yang berpaksikan cinta antara 2 bangsa yang berbeza, iaitu Budi dan Lily yang mana latar belakang yang digunakan berkaitan dengan sejarah yang berlaku di Malaysia sejak zaman belum merdeka lagi. Pendekatan yang biasa diketengahkan cuma latar dan garapan saja berbeza.
2) Untuk pertama kalinya Remy Ishak menyanyikan lagu "Kelip-Kelip" dalam filem ini ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Bila pelakon jadi penyanyi apa hasilnya? Anda tentukan!
3) Watak "lily" yang dibawa oleh Jojo Goh dikatakan sukar, kerana perlu berbahasa Melayu dalam filem 29 Februari. Tahniah diucapkan, anda berjaya "membangunkan" watak tersebut!
4) Budi yang dikatakan hanya dimakan usia 4 tahun sekali, adalah rencah 'fantasi" yang digarap oleh Edry untuk membawa penonton "mempercayai" penceritaan tersebut dalam filem ini. Almost 100 lebih kot umur Budi?
5) Lakonan Remy Ishak dalam filem ini bersahaja tetapi "dalam". Part favourite adalah masa di hospital. Kenapa? Saksikan di pawagam! =D
Filem ini dikatakan siap dalam masa 7-8 bulan saja. Cepat bukan? ini kerana KRU Studios telah mempunyai staff yang ramai untuk mencepatkan proses pasca-produksi untuk filem-filem mereka. Kudos kepada KRU Studios yang sentiasa mencipta kelainan demi kelainan untuk sinema Malaysia.
Rate untuk filem ini? 4/5 star for my own judgement. Jika korang merasakan pandangan aku salah, boleh saksikan filem ini di pawagam pada 30 Ogos 2012 di 83 pawagam di seluruh Malaysia & Brunei. Singapura tayangannya adalah pada 6 September =)
gambar sumber: rotikaya.com
enjoy!


No comments:
Post a Comment