Showing posts with label resepi masakan. Show all posts
Showing posts with label resepi masakan. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Mee Calong? by shahroll

Tuesday, August 28, 2012



As salam, hello readers...

Dalam aku mencari menu-menu yang berasaskan "mee" terpaut pada satu pautan link ke fotopages seseorang. Rasanya ni geng masak-masak juga lah. Usaha mencari menu berasaskan mee kerana, aku sedang membuat 'case study' untuk memulakan perniagaan makanan. Lain masa aku cerita lebih detail.

Mee Calong?

Aku 1st time dengar dan lihat sebenarnya. Mungkin macam "mee bandung" bahan-bahannya, cuma kuah je tukar jadi sup. Dan ada bebola daging sikit. Look nice. jom usha resepi dia;


Bahan 
1 rangka ayam [potong kecil] 
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan] 
1 pokok daun sup [hiriskan] 
1 batang carrot [potong kecil] 
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek] 
3 biji cili merah [hiriskan] 
bawang goreng 
garam 
air secukupnya 
2 s/b minyak 
1 kiub ayam [maggi atau knor] 

Bahan tumbuk/mesin 
2 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 s/b lada hitam 

Bahan Sos Kicap Pedas 
15 biji ciliapi ] tumbuk halus 
1 ulas bawang putih ] 
2 s/b kicap cair 


Bahan Calong 
1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang 
1 s/k lada hitam tumbuk 
sedikit tepung jagung 
sedikit garam 

Cara. 
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil. 
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi. 
3. Masukkan air dan biarkan mendideh. 
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh. 
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong. 
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2. 
7. Masukkan sawi/kailan. 
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun. 
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng. 
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas. 

Amacam? ada idea nak masak untuk isteri balik rumah nanti wahai suami-suami mithali? HEHE!

enjoy!

Sunday, June 10, 2012

(resepi) Claypot Yee Mee by shahroll

Sunday, June 10, 2012


As salam, hello readers...


Bercakap pasal makanan, aku suka mencuba masakan-masakan baru yang lain dari kelompok masakan Melayu. Nak try jugak masakan dari kelompok India dan juga Cina. Tapi hari ni aku nak share dengan korang semua pasal claypot. Ikutkan sejarah, claypot ni masakan yang berasal daripada zaman Romanian yang dibawa masuk ke benua Asia (baca sini)


Selain claypot, aku suka jugak sizzling (sejak zaman sekolah aku makan)


Apa pun style masakan begini dah sebati dengan rakyat Malaysia, setuju?


Claypot Yee Mee


Bahan-bahan
a) Daging ayam (agak-agak je nak banyak mana)
b) 1 ketul yee mee
c) Fish cake
d) Fish ball
e) 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
f) Beberapa helai daun sawi
g) 1 biji telur ayam (utk seorang makan)
h) 3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
i) 1 atau 2 kiub ayam ikut suka
j) Cili api
k) Kicap cair
l) Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.


Cara-cara
• Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
• Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
• Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
• Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain tau) macam tengok kat kedai makan. (sumber: sini)


Mudah kan? Sesuai tuk orang bujang macam aku yang teringin nak masak, tetapi sedap dan mengenyangkan! Selamat mencuba!


Tuesday, January 18, 2011

Masak-masak bersama Chef Shahroll: Kerutup Udang

Tuesday, January 18, 2011
As salam to all,


Jarang-jarang aku hapdet pasal makanan, lagi2 nak ajar korang memasak kan? Today, aku nak berkongsi ilmu memasak ngan korang semua. Korang nak belajar masak ngan aku tak? Jangan pandang lelaki mahhcam aku nie sebelah mata k! haha~ bukan takat masak meggi je pandai, masak lain2 pon power jugak.


Ok, resipi nie aku ambil dari email yahoo aku. thanks pada pengirim iaitu Faiza 318. Dia nie rajin gile bagi info. Macam2 info plak tu. Ok let's go!


Kerutup udang

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

(A)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

(B)
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

(C)
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar


CARA MEMBUATNYA:

1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.

2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.

3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka.

Amacam? Dapat bayangkan kenikmatan berganda bila dihidang di depan mata? HAHA! sumpah mak mertua lalu pun tak toleh owh! kah kah~ Selamat mencuba! =D
  

Monday, August 16, 2010

Today: Monday with "soul" by shahroll

Monday, August 16, 2010
Salam all! 


Monday again.. haha~ yeah! bit moody lah today.. tak macam biasa.. mungkin hormon pada hari Isnin, kurengg sedikit.. Lagipun, 2 hari tak hapdet belog ko.. sebagai blogger tegar wannabe cam aku nie, setiap hit tu bernilai ok.. hahah.. macam iklan pulak bunyi nyer~.. =_=~


then, semalam aku de buat BBQ kat rumah bersama family aku. Bermula dengan kepanasan membuat bara api dari arang kayu ( panasss..) untuk membakar Ayam Berempah ala Spain aku. Aku beli ayam tu agak besar sebab memang dah gian gila nak makan ayam BBQ kat umah.


Dengan bakat masakan yang aku warisi dari mak+bapa aku, plus aku mencari sumber di Internet, maka gabungan adunan rempahan dari negara Spain and Arab aku adunkan. Sound like nice ha?nak resipi tersebut? yeahh.. nantikan posting khas untuk Ayam Berempah Shahroll ala Spain Arab ya! =D


PC kat umah aku menggong betol. Masuk akaun Gmail langsung tak boleh. Siap  ada error 324: reset_unknow bla..bla.. cam tu lah lebeh kuang. So, tak leh la aku masuk ke blogspot.com nyer akaun. Hadoii.. aku dah ajukan mende nie ke Gmail team dan broadband provider aku gak, P1 Wimax


Ok guys.. Monday posting ringan-ringan je dulu.. =D see ya! Salam...

Tuesday, August 11, 2009

Ber-RESEPI- la pulak!! by shahroll

Tuesday, August 11, 2009
salam to all bloggy...

Wooot! baru lepas shelving.. cam bese byk gak hari nie nyer buku... xpe, dah kije aku kan.. huehue.. so masuk lam office bukak2 engok resepi.. huhu... bukan resipi kueh ghaye, but resepi masakan... dah lama aku tak masak.. dlu aku rajin gek masak2 ( ikut tekak sendri la kawann..) yang aku taw masak mee goreng basah,nasik goweng kampung,sup cambell ( syok nie!!), mee bandung and sikit2 masakan western... huhu

belek nyer belek lam tenet nie, terjumpe satu link yang doang kumpul kan rsepi lam tu.. pergfghhh!!! memng bikin air liur aku tersembur.. wakakak x senonoH!!!.. ok nie die link nyer: MyRESEPI

So, aku nak share satu resepi and credit to yang membuat mende nie iaitu minami133@myresepi.com yang telah menyediakan resepi nie.. thanx ya!! :) .. dari couple last week, aku hadap makanan nie je waktu breakfast... chek it out!!!...




NAsi Dagang Terengganu!!



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • **NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air
  • **GULAI IKAN TONGKOL**
  • $ 1 tin santan
  • $ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • $ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • $ 6 keping asam keping
  • $ garam dan secubit ajinomoto
  • $ gula
  • $ 5-6 biji cili padi
  • $ 1 ekor ikan tongkol
  • $ 1 cm belacan
  • **ACAR**
  • & 2 batang timun
  • & 1 batang lobak merah
  • & 1/2 biji bawang besar
  • & 1 biji lada besar
  • & cuka, garam, gula

Cara-cara

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.



GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.



ACAR
: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359