As salam, hello readers...
Entry pending. Patut semalam aku publish, tapi masa tak cukup nak buat segalanya, so petang-petang yang dingin hari ni baru sempat update. Aku pergi ke HBTAR yang jauhnya dari umah aku tak sampai 2 kilometer untuk melawat atuk saudara aku yang kini sedang sakit kencing manis & darah tinggi.
HBTAR
Rawatan Harian, lawa tempat neh
Atuk ditempatkan di tingkat 8 Wad (B) katil number 16. Memang atuk dah tak nampak sangat (kabur-kabur) tetapi memori/daya ingatan atuk masih kuat. Hanya mention nama, atuk boleh kenal kau anak siapa =)
My mom & atuk Man
Kad laporan harian atuk..
Atuk tengah borak-borak ngan mak aku...
Yang ada masa aku melawat, saudara-saudara dari kalangan saudara yang aku tak berapa nak kenal. Bau-bau bacang la kiranya. Ada yang duduk kat sekitar Klang ni je pun, tapi tak pernah terserempak ke pe. Kalau terserempak pun, bukan aku kenal! HAHA.
Harap atuk boleh keluar wad dengan kadar segera. Amin! =)
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
10 comments:
bulan lepas, selalu jejak hospital ni
Fazey:
Selalu? u ada sakit ke?
tak leh..
sebulan 2 lepas, ayah masuk keluar hospital..
dekat 8, 9 kali
Fazey:
cam teruk je tu, ayah sakit apa?
kanser hati..tapi baru tahu..
stage 4 advance
Fazey:
Baru tahu? selama ni tak check ke?
a'aa... baru tahu... tapi, arwah dah takde ;'(
Fazey:
Al-FATIHAH...
Semoga roh arwah Ayahanda Fazey ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman ya, insyaallah =)
Tabahkan hati. Teruskan kehidupan k?
=)
tengs :')
Fazey:
Most welcome.. =)
Post a Comment