As salam and hello readers!
Mungkin aku lambat pasal isu palestin. Sangat lambat. Dan aku tersedar kelambatan aku bila mana aku pergi bersolat Jumaat di masjid UiTM Shah Alam. Pada masa itu, aku lihat, seorang pakcik sedang membaca sebuah kitab. Dan tentunya Al-Quran. Sambil rancak aku membaca stand banner yang diletakkan bersebelahan beliau, sempat juga dia bercerita mengenai palestin.
Mereka yang peduli tentang Palestin
Seorang wakil daripada mereka menyampaikan beberapa perkara sebelum khutbah Jumaat dimulakan. Berkaitan dengan isu Palestin, yang mana mereka memerlukan sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu sesama muslim disana.
Isu Palestin sudah meniti di bibir rakyat Malaysia sejak tahun 1963 (menurut beliau). Dengan itu, sebuah badan NGO seperti Aman Palestin ditubuhkan pada tahun 2004 dan dirasmikan pada tahun 2006 sebagai medium untuk menyalurkan bantuan di sana (ref: HERE)
Antara barangan yang dijual untuk dana/tabung AmanPalestin
Sudah pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Aman Palestin sekarang. Alhamdulillah, bantuan yang berterusan untuk menarik minat khasnya kaum belia muslim untuk sama-sama menjayakan misi ini. Aku jugak tak mahu ketinggalan. Aku harap dengan entry ini, sedikit sebanyak dapat meringankan para syuhada yang mempertahankan Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam!
full credit: iluvislam.com
Doa untuk rakyat PALESTIN!
(Mishary Rashid Al-Afasy)
Pautan yang berguna untuk anda:-
Untuk menderma melalui web: iPay88
Untuk menjadi Ahli Biasa AmanPalestin: Borang
Untuk melihat panorama Palesti: SINI
Untuk melihat di page Facebook : SINI
No comments:
Post a Comment