As salam and hello readers!
(refer to this link: SKKM Blog)
Today kerja agak sibuk. Sebab aku kena kerja luar (Puncak Alam). Aku akan story pasal tu nanti. Aku rasa majlis berbuka yang ni agak lewat sikit dari post yang sebelumnya. Janji update ye dak? Sebab aku load gambar dalam Fan pages SH iMAGE dulu, baru aku update lam blog.
Bertempat di Lady's Finger batu 7 sempadan, kawasan daerah Kuala Langat. Dekat je Klang-Kuala Langat tu. Tapi disebabkan jalan jammed area flyover yang merentasi jalan ke sana, aku datang agak lewat. Tak de la lewat sangat, suam-suam suku je.
Datang je dah ramai berkumpul. Aku yang segan-segan malu kucing ni di sapa oleh tuan organizer, Juan Paimin yang sedikit buat aku terkejut. Bukan apa, dia tetap maintain kurus (seperti sedia asal) aku pulak ber pam-pam badan ni ha. Sabau je la. =p
picture courtesy: SH iMAGE Photo
Pilih meja dan kerusi yang masih kosong. Decide amik duk kat hujung. Boleh nampak semua muka (tuk snap gambar). Mana yang dekat dengan aku, aku snap lah. Tak beriya sangat nak ambik gambar sebab niat cuma nak chill and relax sesama kawan lama.
Lama tak lama, dalam 12 tahun gak tak jumpa. Ada yang masih sama sifatnya dan ada yang tampak perubahan dari segi fizikal dan juga mental. Erk? ape lah ayat neh~
Dulu kelas nama nya diberi dalam "warna". Aku kelas 6M, mean Merah (Red). Ramai gak 6M ni turun, but bak kata Bancik (Shariful Basir) " Aku tak kisah sape yang turun, janji aku happy jumpa korang" gila tacing ayat kau Bancik! hahaha~
Waktu sangat singkat. Serius singkat. Tak dapat nak borak lelama sikit. Yelah, ramai yang sudah ada komitmen yang lain yang patut di laksanakan. Walaupun bujang, komitmen tu tinggi gak ye. Apatah lagi yang sudah berbadan 2? Eh silap, berkahwin 2? No .. no.. silap lagi! Sudah berkahwin! haa. ayat yang betul! hehe~
Sempat merakamkan gambar berkumpulan kami masa tu;
Photo Group SKKM batch 1987
*lain-lain gambar, sila rujuk SINI*
Ada perancangan yang sedang dibincangkan selepas raya. Selepas perjumpaan ini (berbuka) masih ramai lagi yang belum sepenuhnya join group yang ada dalam FB yang dibuka oleh tuan Juan Paimin. Setakat ini, ada dalam 91 bekas pelajar yang sudah menyertainya punnnn~ =D
Enjoy!


No comments:
Post a Comment