Showing posts with label ramadhan 2011. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2011. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Majlis berbuka puasa: Bekas Pelajar SKKM batch 1987

Thursday, August 25, 2011


As salam and hello readers!


(refer to this link: SKKM Blog)


Today kerja agak sibuk. Sebab aku kena kerja luar (Puncak Alam). Aku akan story pasal tu nanti. Aku rasa majlis berbuka yang ni agak lewat sikit dari post yang sebelumnya. Janji update ye dak? Sebab aku load gambar  dalam Fan pages SH iMAGE dulu, baru aku update lam blog.


Bertempat di Lady's Finger batu 7 sempadan, kawasan daerah Kuala Langat. Dekat je Klang-Kuala Langat tu. Tapi disebabkan jalan jammed area flyover yang merentasi jalan ke sana, aku datang agak lewat. Tak de la lewat sangat, suam-suam suku je.


Datang je dah ramai berkumpul. Aku yang segan-segan malu kucing ni di sapa oleh tuan organizer, Juan Paimin yang sedikit buat aku terkejut. Bukan apa, dia tetap maintain kurus (seperti sedia asal) aku pulak ber pam-pam badan ni ha. Sabau je la. =p
picture courtesy: SH iMAGE Photo

Pilih meja dan kerusi yang masih kosong. Decide amik duk kat hujung. Boleh nampak semua muka (tuk snap gambar). Mana yang dekat dengan aku, aku snap lah. Tak beriya sangat nak ambik gambar sebab niat cuma nak chill and relax sesama kawan lama.

Lama tak lama, dalam 12 tahun gak tak jumpa. Ada yang masih sama sifatnya dan ada yang tampak perubahan dari segi fizikal dan juga mental. Erk? ape lah ayat neh~

Dulu kelas nama nya diberi dalam "warna". Aku kelas 6M, mean Merah (Red). Ramai gak 6M ni turun, but bak kata Bancik (Shariful Basir) " Aku tak kisah sape yang turun, janji aku happy jumpa korang" gila tacing ayat kau Bancik! hahaha~

Waktu sangat singkat. Serius singkat. Tak dapat nak borak lelama sikit. Yelah, ramai yang sudah ada komitmen yang lain yang patut di laksanakan. Walaupun bujang, komitmen tu tinggi gak ye. Apatah lagi yang sudah berbadan 2? Eh silap, berkahwin 2? No .. no.. silap lagi! Sudah berkahwin! haa. ayat yang betul! hehe~

Sempat merakamkan gambar berkumpulan kami masa tu;

Photo Group SKKM batch 1987
*lain-lain gambar, sila rujuk SINI*

Ada perancangan yang sedang dibincangkan selepas raya. Selepas perjumpaan ini (berbuka) masih ramai lagi yang belum sepenuhnya join group yang ada dalam FB yang dibuka oleh tuan Juan Paimin. Setakat ini, ada dalam 91 bekas pelajar yang sudah menyertainya punnnn~ =D

Enjoy!


Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari shahroll

Sunday, July 31, 2011


hasil kerja 10 minit, tak berapa cantik.. huhu~
credit original picture: HERE
As salam and hello readers!

Baru balik dari kampung. Tak de la baru sangat, dalam 8 malam tadi. Bit penat walaupun tak de apa buat kat kampung just jalan-jalan and beli some barang (baju, seluar etc) ingat nak bersahur kat kampung but, tak sempat nak run ke Klang tuk kerja Isnin nanti. Cover hari lain tuk bersahur bersama nenek.

Kesempatan yang masih ada, nyawa masih terlekat kat badan, oksigen masih aku dapat sedut secara free, dengan susunan 10 jari rapat, aku mohon ampun dan maaf sekiranya masa aku berblogging sepanjang tahun ini sampai ke saat ini, ada yang terguris perasaan atau apa-apa saja yang berkaitan dengan post/entry aku, andai korang marah, terasa or whatever, aku minta maaf.

Mungkin aku tak sengaja melukakan pembaca kat luar sana. Aku tak de niat.
Penulisan aku cukup sekadar diari insan biasa yang mahu berkongsi rasa suka, duka, masam, manis kehidupan yang sementara ni. Himpunkan pahala-pahala sepanjang berpuasa ni k? 

Nak bukak puasa sesama, boleh halo-halo sama aku. No tepon? kat atas tu ade, call saja.. Insyaallah aku turun =)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK | 1 AUGUSTUS 2011