Morning peeps!
Karak. Siapa tak pernah lalu karak kan? Pengalaman aku sendiri lalu jalan Karak (highway punya) walaupun pagi rasa lainnn je. Hahaha.. belum pergi jalan lama Karak yang filem nie shooting. Seriau sehh~
Malam tadi aku bersama 2 adik aku melayan filem Karak di TGV Cinema Bukit Raja. Tayangan ada pada jam 8.50 malam dan 11 malam. Disebabkan 8.50 malam dah FULL HOUSE, terpaksa lah ambil yang 11 malam punya. Tu pun semasa kitorang nak masuk panggung, seat untuk 11 malam punya pun FULL HOUSE. Terbaek dowh.
poster pon dah seram eh?
Yeay! Panggung "No.1" dah start! jom masuk!
Nak beli tiket panjang oo mau beratur. Dah skang TGV tak amek order online. Nak jugak suruh aku beratur lama-lama. Tapi, kalau korang ada Citibank punya kad, korang ada lane special ok! Tapi, celah mana pulak aku ada Citibank punya kad? huhu~
Ramai kan? belakang aku lagiii ramai..
Untuk hilangkan boring masa menunggu masuk ke panggung, aku ngan adik2 tawaf beberapa kali Jayajusco tu, sebab 1 benda je. Nak makan! Pergi kat PizzaHut, penuh! Level atas tak bukak, reason? Sebab tak ramai pekerja malam tu, lorhh.. Wadepak mey?
Last-last, makan kat Johnnys je..
Jam dah menunjukkan 10.45 malam. Kitorang naik balek ke atas, beli pop corn and air Sprite, and go to cinema! haha.. berkobar-kobar nak tengok hantu yang dihasilkan oleh KRU Studios ni. Yelah, hantu2 ni bukan takat main "hidden" macam filem2 lain, tu yang syok tu.
Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem nie, aku cuma nak cakap, hantu yang masa scene makan perot orang tu memang WINRAR!! eeerghh.. geli siakkk! aku meraba-raba perut aku, owh gosshh! nak terkeluar kot isi perot aku tadi. Scene tu terbaek dowh!
Pengalaman benar dari mata saksi--> GULP!~
Aku syorkan korang tengok cerita KARAK. Kronologi dia cam nie, memula best--tengah2 kureng sket--last2 just nice! haaa.. jujur punya review kan? ahahaha~ kalau korang nak tengok, try cari seat tengah2 malam punya, baru lah ada "rasa" kan? tak pon, lepas tengok wayang tu, layan ke jalan lama KARAK tu pulak.
Siakk tol. Aku taip ni pon dah "seram sejuk" dowh! Seb bek pasang lagu Babak Pertama (OST Juvana) temankan aku masa menaip! hahaha~..
Adios! Enjoice your weekend guys...
p/s: cilok from Berita Harian:- [HERE]
Kezaliman yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertaubat iaitu syirik. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik sedangkan Dia akan mengampunkan dosa lain kepada siapa yang di kehendaki. Sesiapa yang syirik adalah kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 116)
Kezaliman dilakukan antara hamba dan Tuhannya iaitu perkara yang lain daripada syirik di mana Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka yang dikehendaki atau dihilangkan dosa dengan kecelakaan terhadap seseorang seperti kemalangan atau musibah.
Penyucian dosa ini juga dapat dirasai melalui azab kubur, syafaat Nabi SAW atau diletakkan di dalam neraka buat seketika.
Kezaliman yang dilakukan sesama manusia tidak dapat diampunkan melainkan dimaafkan oleh mereka yang dizalimi.
Sabda Rasul SAW yang bermaksud: “Hendaklah dikembalikan hak mereka yang dizalimi sebelum datang hari kiamat di mana segala kebaikan orang yang zalim akan di berikan kepada mereka yang dizalimi seterusnya mengheret mereka ke neraka.”
6 comments:
uhhu.. xpena2 lyh cite hantu klu tngk movie. btw, psl convo tu nnt hana konfem kan blk kay. :)
cam best jer, nk tgk!
Anna:
Baek anna g tgk.. ajak si CIk Tunang k? haaa.. baru ade fell ohhh cite hantu.. kih3...
Pasal konvo? oo.. ok, anything just sms me =D
Mind:
HARUS lah! hehe.. bro g tgk ni kan, layan memalam k? terasa "aura" seram... kih3..
I drive to kemaman using this road twice a month. I hope it gonna be gone.
I often use this karak road twice a month from KL - Kemaman; Kemaman - KL; for job purpose. Hope nothing happen though.
Post a Comment