Monday, December 06, 2010

Game berfalsafah: Setakat mana korang faham maksudnya by shahroll

As salam to all,


Game atau permainan bagaimana aku klasifikasikan sebagai "berfalsafah" nie? Untuk kaki gamers, jangan nak emo dulu sebab mende nie tak de kena mengena dengan dunia gamers korang. HAHA!


Ok, ceritanya cam nie. Korang pernah pergi mana2 kursus? Kem Bina Insan ke, Kem Remaja ke, Kem Akhlak Mulia ke atau apa2 je lah. Pernah? Kalau ada, korang ada tak dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang main game "whisper the information"?


Game dia cam nie. Dalam 1 kumpulan, ada 10 orang. Then, fasilitator akan ambil sorang jadi ketua. Pastu, fasi akan memberikan 1 maklumat yang "MAHA RAHSIA" untuk korang bagitahu pada kawan-kawan yang lain dalam kumpulan korang je. Sebab, group lain, sama sekali tak boleh dengar maklumat tu. (dah namanyer pon rahsia..)


Mungkin maklumat tu berbunyi "...Pergi ke bendang membawa barang dengan Ali bersama Kamal dan mak memberitahu jangan membeli santan yang basi sebab nanti sakit perut sebab kalau sakit perut kena masuk hospital dan bil hospital melampau-lampau naik, mak tak mampu nak bayar.." contohnya lah yer bukan ada kaitan dengan sesapa pon.. LOL~. Then, dalam 5 minit, si ketua tadi pon "TRANSFER" kan maklumat tersebut dari sorang kawan. Then kawan tadi pass to another members. Sampailah yang terakhir.


Orang yang terakhir bertanggungjawab ULANG balik maklumat yang diberitahu kepada si ketua tadi. Sepanjang aku pergi kursus, takde pon 1 group yang boleh bagi maklumat dengan TEPAT. sama sekali menyimpang dari yang asal.
**picture credit: Google**

Maka, objektif "game" tadi dah tercapai. Sebab memang modul tu dibuat begitu supaya dapat mendidik ORANG-ORANG yang ada maklumat tetapi biasanya maklumat itu kurang tepat dan biasanya, ditokok tambah oleh "si nasi tambah"!


Begitu juga dengan dunia internet, hati2 lah! =)


As salam...

No comments: