Showing posts with label posting. Show all posts
Showing posts with label posting. Show all posts

Sunday, September 02, 2012

5 tips mendekati wanita by shahroll

Sunday, September 02, 2012



As salam, hello readers...

Amboi tajuk, bukan main lagi eh? Macam bagus je nak bagi tips ni kan? Actually, semalam aku menonton filem mat salleh di Diva Channel "Play the game". Aku rasa macam 2 kali tengok cite tu, tapi sebab tak leh tido lagi, layankan je.

So, output cite tu berkisarkan seorang lelaki muda dan lelaki tua dalam usaha mencari pasangan. Lelaki muda tu cucunya yang bekerja sebagai jurujual kereta milik bapanya dan lelaki tua tu pulak adalah datuk kepada lelaki muda tadi. Datuknya tinggal di rumah orang-orang tua.

Nak dijadikan cerita, cucunya ni kira seorang kasanova atau lebih catchy dipanggil "playboy". Dengan ilmu playboy ini, ramai wanita di sekelilingnya tapi tak de seorang pun yang boleh dijadikan teman.

Teman?

Datuknya berkata, cari seorang yang boleh dijadikan teman, bukan pendamping sementara. Bagus jugak lah moral atuknya ye dak? Setelah itu, dia bertemu dengan Julia dalam perlawanan Football America bersama rakannya yang lain. Dari situ dia telah menjumpai wanita yang dikatakan, "yes, she is"

David & Julia Larabee

5 tips mendekati wanita (cara David):

1# Peninjauan
David berkata pada datuknya, peninjauan kena dilakukan dengan betul dan berada di tempat yang betul juga. Ada beberapa tempat seperti di kelab malam, di bar (ops! jangan tiru k?) di gym dan dirumah orang tua itu sendiri. Senang cita, usha line awek-awek kat mana dorang selalu berlibur lah kan?

2# Mendekati
Cara mendekati ni paling lawak aku rasa. Yelah, cara mat salleh nak tackle awek memang smart habes la kan. Tak terlalu gopoh untuk berkenalan dengan target yang ada walaupun awek tu dah lama kena "mark". David berkata kepada atuknya, slow and steady.

3# Jadi seorang yang bijak
Point  yang ni aku setuju. sangat. Sebab, rata-rata perempuan suka pada lelaki yang bijak lagi pandai. Bukan setakat bijak mengayat je, bijak dari beberapa sudut la kan? Kalau kita sebagai muslim, bijak dalam soal agama kita lah. Selain tu, ilmu pengetahuan am pun penting.

4# Mereka-reka cerita
Dah masuk bab untuk "menipu". Tap dalam cerita ni, cara tipu dia smart. Dia dah upah seorang pelayan bar untuk beri kad jemputan ke majlis makan-makan. Then, bila dia membuka kad tersebut, secara berpura-pura dia mengatakan tarikh luputnya semakin hampir tak tak sempat nak pergi bersama "teman wanitanya"

Kemudian, dia pun berikan saja undangan itu kepada perempuan yang di targetnya tadi dengan harapan perempuan tu akan ajak lelaki tersebut sebagai balas budi. HAHA, what the strategy lah?

#5 Jangan terlalu lama, cuma sebentar
Pepatah shahroll mengatakan. "minum di Mcd, jangan sampai Mcd itu tutup walaupun 24jam" ok fine, aku saja reka-reka pepatah tu. The the point is, kalau dah start berborak dengan perempuan yang di-tackle tu, tak payah lelama sangat. Cuma buat-buat nak balik segera kerana ada urusan yang lain. 

Kalau perempuan tu bagi reaksi semacam (tak nak ko balik lagi) dia akan carik point gak lah supaya korang tak balek awal.

And, the game over! HAHA, amacam boleh?

enjoy the weekend peeps!

Saturday, July 07, 2012

(kapsul) 5 entry post tertinggi minggu ini, by shahroll

Saturday, July 07, 2012


As salam, hello readers...


Minggu ini merupakan minggu pertama aku buat "segment" memaparkan post-post yang mencatat hits yang tertinggi supaya korang yang terlepas pandang ataupun terlepas membaca, dapat membacanya semula. Macam ulang tayang kat Astro tu. HAHA!


Ok lah, untuk post yang tertinggi minggu ini adalah (*drum roll*)


#1- Gambar Tuanku Abdul Jalil Iskandar.
Semasa aku melayari Facebook, salah seorang kawan kepada Tuanku Raja Zarith Idris ada komen gambar-gambar yang di muat naik oleh Tuanku. Then bila aku tengok-tengok album tersebut, rasa nak post dalam blog aku kerana menjadi kebanggaan rakyat khususnya Johor kerana Tuanku Abdul Jalil telah tamat latihan Inspektor Percubaan.



#2- (Drama Melayu) Rahsia Hati.
Ok, aku agak terkejut post ni menjadi top post. Walhal baru posting kot 5 Julai yang lepas? Mungkin juga disebabkan anda semua (para pembaca) meng-share -kan artikel ini ke wall facebook masing-masing. Thanks a lot! =)



#3- Niga Higa (International Vblogger Famous).
Posting lama yang menjadi hanggat kembali. DUlu masa memula aku post pon, selalu jugak jadi top post setiap minggu. Now dia kembali. Disebabkan Niga ni menjadi salah seorang juri professional untuk rancangan "Internet Icon" =)


#4- (Filem) Bohsia 2: Jalan Kembali.
Antara post terpanjang aku review filem. Kalau korang larat nak baca, silakan. Enjoy the show! HAHA =p


#5- Faralyna Idris: Seksi ada tempatnya!
Kenyataan salah seorang pelakon yang kian diminati oleh peminat-peminat drama dan filem,Faralyna mengatakan seksi perlu ada tempatnya. Mana tempat dia rasakan sesuai? Teruskan membaca =)



Itu lah top post untuk minggu ni ok? Selamat membaca kepada anda semua. Happy weekend! =)

enjoy!

Friday, December 16, 2011

Wish me luck for interview! by shahroll

Friday, December 16, 2011
sumber: Google

Masih ada beberapa jam lagi untuk aku melangkah ke bilik interview di Canselori. Aku dijemput oleh Bahagian Kenaikan Pangkat dan Prestasi untuk mengisi kekosongan jawatan "Kanan".

Ada 22 calon yang bakal ditemuduga, dan semua calon berpontensi besar untuk mendapatkan jawatan tersebut. Masing-masing punya kelebihan dalam bidang tertentu.

Terserah kepada panel untuk membuat penilaian yang terbaik dari yang terbaik. =)

Doakan yang terbaik untuk aku. 

Thursday, December 01, 2011

Buat kali pertamanya! Alhamdulillah... by shahroll

Thursday, December 01, 2011


As salam, hello readers...


Alhamdulillah dah masuk ke bulan 12. Bulan yang selalunya orang pergi bercuti bersama teman-teman dan yang lebih penting bersama dengan keluarga. Aku akan plan yang baik punya untuk bercuti. HAHA! Best punya tempat. Nantikan hari kejadian itu k?


Aku menyemak akaun Nuffnang aku tadi. Dan agak terkejut dapat Buffered Earning dari blog aku yang KLANG tu. Seriusly tak sangka.


Thanks Nuffnang! =)

Untuk tahun ini, satu earning pon tak dapat dari blog sana. Dan aku tak bising-bising pon. Tak tahulah kot ada blogger yang suka dok buat kecoh pasal earning-earning dari Nuffnang ni. Pelik gak aku. Apesal lah nak bising padahal korang sign up pon FREE kan?

Setakat content copy paste manjang, memang tak layak walau se-sen pon!

Cuba belajar pasal erti "syukur" boleh?