As salam, hello readers...
Amboi tajuk, bukan main lagi eh? Macam bagus je nak bagi tips ni kan? Actually, semalam aku menonton filem mat salleh di Diva Channel "Play the game". Aku rasa macam 2 kali tengok cite tu, tapi sebab tak leh tido lagi, layankan je.
So, output cite tu berkisarkan seorang lelaki muda dan lelaki tua dalam usaha mencari pasangan. Lelaki muda tu cucunya yang bekerja sebagai jurujual kereta milik bapanya dan lelaki tua tu pulak adalah datuk kepada lelaki muda tadi. Datuknya tinggal di rumah orang-orang tua.
Nak dijadikan cerita, cucunya ni kira seorang kasanova atau lebih catchy dipanggil "playboy". Dengan ilmu playboy ini, ramai wanita di sekelilingnya tapi tak de seorang pun yang boleh dijadikan teman.
Teman?
Datuknya berkata, cari seorang yang boleh dijadikan teman, bukan pendamping sementara. Bagus jugak lah moral atuknya ye dak? Setelah itu, dia bertemu dengan Julia dalam perlawanan Football America bersama rakannya yang lain. Dari situ dia telah menjumpai wanita yang dikatakan, "yes, she is"
David & Julia Larabee
5 tips mendekati wanita (cara David):
1# Peninjauan
David berkata pada datuknya, peninjauan kena dilakukan dengan betul dan berada di tempat yang betul juga. Ada beberapa tempat seperti di kelab malam, di bar (ops! jangan tiru k?) di gym dan dirumah orang tua itu sendiri. Senang cita, usha line awek-awek kat mana dorang selalu berlibur lah kan?
2# Mendekati
Cara mendekati ni paling lawak aku rasa. Yelah, cara mat salleh nak tackle awek memang smart habes la kan. Tak terlalu gopoh untuk berkenalan dengan target yang ada walaupun awek tu dah lama kena "mark". David berkata kepada atuknya, slow and steady.
3# Jadi seorang yang bijak
Point yang ni aku setuju. sangat. Sebab, rata-rata perempuan suka pada lelaki yang bijak lagi pandai. Bukan setakat bijak mengayat je, bijak dari beberapa sudut la kan? Kalau kita sebagai muslim, bijak dalam soal agama kita lah. Selain tu, ilmu pengetahuan am pun penting.
4# Mereka-reka cerita
Dah masuk bab untuk "menipu". Tap dalam cerita ni, cara tipu dia smart. Dia dah upah seorang pelayan bar untuk beri kad jemputan ke majlis makan-makan. Then, bila dia membuka kad tersebut, secara berpura-pura dia mengatakan tarikh luputnya semakin hampir tak tak sempat nak pergi bersama "teman wanitanya"
Kemudian, dia pun berikan saja undangan itu kepada perempuan yang di targetnya tadi dengan harapan perempuan tu akan ajak lelaki tersebut sebagai balas budi. HAHA, what the strategy lah?
#5 Jangan terlalu lama, cuma sebentar
Pepatah shahroll mengatakan. "minum di Mcd, jangan sampai Mcd itu tutup walaupun 24jam" ok fine, aku saja reka-reka pepatah tu. The the point is, kalau dah start berborak dengan perempuan yang di-tackle tu, tak payah lelama sangat. Cuma buat-buat nak balik segera kerana ada urusan yang lain.
Kalau perempuan tu bagi reaksi semacam (tak nak ko balik lagi) dia akan carik point gak lah supaya korang tak balek awal.
And, the game over! HAHA, amacam boleh?
enjoy the weekend peeps!
2 comments:
whoaaa... dah boleh jadi DR LOVE la skang yea... sempoi la bro...
Bro Hazman:
Huhuhu, aku tak reti la bro.. ni apa yg aku tgk lam movie play The Game tu.. heheheh~
p/s: x reti nak tackle awek pon.. wakakakka~
Post a Comment