Showing posts with label pelaburan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan. Show all posts

Thursday, January 01, 2015

Pengenalan FOREX: Buat duit dengan trading FOREX? by shahroll

Thursday, January 01, 2015



As salam, hello readers...

Bertemu kita di bulan Jan 2015 (1/1/2015). Semangat baru, azam baru dan perjuangan baru dalam kehidupan masing-masing. Tentunya tahun 2015 membuka lembaran dengan sedikit ujian dari Allah SWT dengan dugaan banjir yang boleh dikatakan hampir Semenanjung Malaysia banjir dan paling kritikal di Kelantan.

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu, akan datang dan seterusnya, InsyaAllah dengan pemberian ujian Maha hebat ini dapat muhasabah diri kita sebagai peringatan dan kembali dekat padaNya, InsyaAllah...

Ok, sebagai post entry pertama dalam 2015, aku nak shared dengan pembaca shahrulhairydotcom pasal FOREX. Apa benda tu eh?

Bila sebut FOREX, aku agak blur sikit. Sikit la tak banyak sebab aku tahu benda tu macam pelaburan dalam matawang asing. Pernah diberikan talk pasal FOREX ni secara verbal oleh seorang teman yang pernah ber-trading dalam FOREX dan pernah kaut profit (walaupun tak banyak)

Hujung 2014, my kazen pula bercerita pasal benda yang sama, serupa dengan teman aku cerita tu. Sebabnya, aku bercerita pasal investment dalam emas beli 1 gram tetiap bulan tu, then kami bertukar-tukar idea dan pendapat pasal investment

Dari situ, aku mula berminat untuk mengetahui teknik-teknik yang trader ni pakai untuk membuat keuntungan dengan trading FOREX. Dan, banyak juga rujukan/blog/website pasal FOREX aku selongkar untuk mengetahui terms-terms dalam investment ni

Dan, Allah menemukan aku dengan seorang Pro-Trader yang boleh membimbing newbie yang berminat untuk belajar tentang asas trading FOREX secara ASAS! Itu akan aku buka post entry baru untuk MINI SEMINAR FOREX 2015

Happy New Year buat pembaca shahrulhairydotcom!

enjoy!  

Demo akaun: Meta Trader 4


Thursday, May 01, 2014

Peluang pelaburan membuka perniagaan dobi layan diri by shahroll

Thursday, May 01, 2014



As salam, hello readers...

Membuat pelaburan perniagaan bagi kebanyakkan orang adalah satu perkara yang besar dan terpenting sekali adalah, kepercayaan dengan orang yang kita nak laburkan duit tersebut. Ok, aku bawa satu peluang perniagaan yang anda sendiri kawal dan selia

Business apa?

Buka kedai dobi layan diri. Aku menerima business proposal daripada Ireena Shamsudin (sila ke FB beliau) untuk mencari pelabur-pelabur yang ingin membuka kedai dobi layan diri ini. Dengan beberapa penerangan yang diberikan, aku percaya business ini masih "hijau" dan bagus untuk sesiapa yang mahukan keuntungan untuk masa panjang


antara keratan proposal tersebut...

Berapa modal?

RM250,000 adalah permulaan awal untuk setup perniagaan ni. Kiranya, full set lah. Modal untuk RM150,000 juga boleh dirunding, tetapi peralatan mesin basuh akan dikurangkan

Kalau RM250k, berapa mesin basuh yang ada?

Jika full set, mesin basuhnya ada 10 buah. 8 unit mesin untuk 7kilogram muatan dan 2 unit lagi untuk 10kilogram muatan basuhan. Yang baki duit adalah untuk membuat saluran paip, water pump, signboard dan lain-lain untuk melengkapkan sebuah kedai dobi (boleh berjumpa dengan Irena Samsudin atau call- 0163421815

Untuk perbincangan lanjut, boleh telefon nombor diatas. Nak WhatsApps pon boleh. Tak ada masalah. Cuma kalau jumpa, boleh pegang proposal tu dan baca sendiri tuk difahami =)

enjoy!