Showing posts with label trade. Show all posts
Showing posts with label trade. Show all posts

Monday, February 16, 2015

MINI SEMINAR FOREX: bersama Cik Anis Sakinah by shahroll

Monday, February 16, 2015



As salam, hello readers...

Satu siri Mini Seminar FOREX bakal dianjurkan oleh MY COURSEZ CONSULTANT membawakan anda seorang professional trader dalam bidang perdagangan FOREX iaitu Cik Anis Sakinah. Beliau mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam Money Management dan topik dalam siri ini merangkumi asas dan sedikit level pertengahan.

Khas untuk mereka yang baru dalam bidang FOREX dan juga berminat lebih lanjut, apakah sebenarnya perdagangan FOREX itu sendiri.


Tempat adalah TERHAD! Hanya dibuka kepada 15 kerusi sahaja. Ini bagi memastikan setiap peserta dapat memahami dengan personal-touch dari speaker selain dari menjaga kualiti menjadi seorang trader sejati. Dengan pengalaman luas yang ada oleh Cik Anis, sudah tentu dapat membimbing peserta ke laluan kejayaan dalam FOREX, InsyaAllah

Untuk pertanyaan/pembayaran boleh call/WhtsApps number yang tertera



HARGA PROMOSI SEBELUM 19 FEB 2015!! CEPAT GRAB!!



Tuesday, February 03, 2015

Bagaimana memulakan trading FOREX untuk beginner? by shahroll

Tuesday, February 03, 2015



As salam, hello readers...

Pasti korang tercari-cari blog yang boleh guide korang untuk berdagang FOREX ni kan? Sama lah dengan aku, banyak informasi aku just Google dan kebanyakkan blog yang keluar dalam bahasa Melayu ni, cuma blog-blog dari Indonesia kebanyakkannya. Kalau ada blog MElayu dari MAlaysia pun, agak kurang menyakinkan untuk kita percaya.

Aku bukan Professional Trader dalam FOREX. Aku cuma seorang yang suka belajar benda baru.

Bermula dari trade forex dengan menggunakan smartphone, aku beralih ke terminal di PC. Masih lagi menggunakan DEMO AKAUN iaitu akaun yang belum REAL untuk trade forex

Masih belum ada modal untuk melabur dalam pelaburan jenis ini, "high risk, high profit" ini...

paparan muka Meta Trader 4 di PC

Deposit USD3,000 dan hasil yang di kaut 1 hari: USD1,225.80

Apa yang best pasal benda ni? well, serius cakap, aku masih blur-blur dengan mende alah ni yang katanya boleh memberanakkan duit pelaburan korang tu. Aku masih mencari info-info yang soheh untuk langkah-langkah pelaburan yang betul dalam FOREX. Aku tak mau terjebak dengan skim atau program SCAMMER anjuran syarikat-syarikat penipu yang ada di Malaysia.

Ada 2-3 orang PRO Trader yang aku kenal dalam Instagram dan Facebook untuk aku berguru. Walaupun "keuntungan" tu dah aku cuba lakukan dalam demo akaun, still masih belum cukup ilmu lagi.

Nak-nak pulak kalau newbie ni selalunya kena "Margin Call" sebab terlalu over-konfiden! hamekkkauuuu...

Ok, byeww~



Thursday, January 01, 2015

Pengenalan FOREX: Buat duit dengan trading FOREX? by shahroll

Thursday, January 01, 2015



As salam, hello readers...

Bertemu kita di bulan Jan 2015 (1/1/2015). Semangat baru, azam baru dan perjuangan baru dalam kehidupan masing-masing. Tentunya tahun 2015 membuka lembaran dengan sedikit ujian dari Allah SWT dengan dugaan banjir yang boleh dikatakan hampir Semenanjung Malaysia banjir dan paling kritikal di Kelantan.

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu, akan datang dan seterusnya, InsyaAllah dengan pemberian ujian Maha hebat ini dapat muhasabah diri kita sebagai peringatan dan kembali dekat padaNya, InsyaAllah...

Ok, sebagai post entry pertama dalam 2015, aku nak shared dengan pembaca shahrulhairydotcom pasal FOREX. Apa benda tu eh?

Bila sebut FOREX, aku agak blur sikit. Sikit la tak banyak sebab aku tahu benda tu macam pelaburan dalam matawang asing. Pernah diberikan talk pasal FOREX ni secara verbal oleh seorang teman yang pernah ber-trading dalam FOREX dan pernah kaut profit (walaupun tak banyak)

Hujung 2014, my kazen pula bercerita pasal benda yang sama, serupa dengan teman aku cerita tu. Sebabnya, aku bercerita pasal investment dalam emas beli 1 gram tetiap bulan tu, then kami bertukar-tukar idea dan pendapat pasal investment

Dari situ, aku mula berminat untuk mengetahui teknik-teknik yang trader ni pakai untuk membuat keuntungan dengan trading FOREX. Dan, banyak juga rujukan/blog/website pasal FOREX aku selongkar untuk mengetahui terms-terms dalam investment ni

Dan, Allah menemukan aku dengan seorang Pro-Trader yang boleh membimbing newbie yang berminat untuk belajar tentang asas trading FOREX secara ASAS! Itu akan aku buka post entry baru untuk MINI SEMINAR FOREX 2015

Happy New Year buat pembaca shahrulhairydotcom!

enjoy!  

Demo akaun: Meta Trader 4